Home Kalendar & Takwim Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Semester 1 STPM 2019

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Semester 1 STPM 2019

771
0


Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Semester 1 STPM 2019 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN,
ARAHAN, AMARAN, DAN PERINGATAN KEPADA CALON

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SEMESTER 1 TAHUN 2019

ARAHAN AM

  • Waktu peperiksaan adalah berbeza-beza mengikut kertas. Calon dikehendaki menyemak waktu peperiksaan sebenar bagi setiap kertas mengikut semester.
  • Masa yang dibenarkan bagi sesuatu kertas adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam petak bersetentangan dengan nama kertas berkenaan.MASA TAMBAHAN TIDAK DIBENARKAN. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masa yang dinyatakan bagi kertas berkenaan.
  • Calon dikehendaki membaca ARAHAN, AMARAN, dan PERINGATAN yang diberikan dalam Jadual Waktu peperiksaan ini.
  • Calon tidak dibenarkan membawa Jadual Waktu Peperiksaan, Arahan, Amaran, dan Peringatan Kepada Calon ini ke dalam dewan/bilik peperiksaan.
  • Calon dilarang membawa masuk sebarang peranti yang tidak dibenarkan semasa menduduki peperiksaan.
  • Calon yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai, dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.
  • Calon tidak dibenarkan keluar dalam tempoh 30 minit selepas peperiksaan bermula dan dalam tempoh 30 minit sebelum peperiksaan tamat.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Semester 1 STPM 2019 2

DOWNLOAD : Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Semester 1 STPM 2019

ARAHAN

1. Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan lima belas minit sebelum peperiksaan bermula bagi tiap-tiap kertas.

2. Calon dikehendaki:

(a) Meletakkan kad pengenalan calon di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Calon mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya calon tidak membawa dokumen ini (bagi calon sekolah)

(b) Meletakkan kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) calon di atas meja sepanjang masa peperiksaan dijalankan. Calon mungkin tidak dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya calon tidak membawa kedua-dua dokumen ini. Calon hendaklah mencetak LPKC masing-masing mengikut penggal peperiksaan tahun semasa daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my (bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu sahaja).

3. Calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta jika

(a) calon diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak calon ambil, atau

(b) calon diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagi waktu peperiksaan berkenaan.

4. Calon hendaklah menulis nombor kad pengenalan, angka giliran, kod dan nama kertas, semester/ulangan dan tahun peperiksaan dengan jelas dalam ruang yang disediakan pada helaian pertama dan pada helaian-helaian yang berikutnya dalam kertas jawapan calon.

5. Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat hitam atau biru pada keduadua belah halaman kertas jawapan melainkan jika terdapat arahan pada kertas soalan yang melarang calon berbuat demikian. Pensel berwarna atau pena mata bola berwarna lain hanya boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta sahaja.

6. Calon hanya boleh menggunakan pensel 2B sahaja untuk menjawab soalan jenis aneka pilihan.

7. Calon hendaklah membawa alat matematik dan alat lukisan sendiri bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

8. Apabila calon diarahkan berhenti menulis, susun dan ikat semua kertas jawapan dengan kemas mengikut tertib KEUTAMAAN. Calon hendaklah duduk di tempat calon sehingga dibenarkan keluar oleh Ketua Pengawas.

9. Sila ambil perhatian bahawa:

(a) Calon mesti menjawab jawapan bertulis menggunakan kertas tulis (MPM/P1.2) yang dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk mengelakkan calon daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika calon menerima kertas tulis yang mempunyai kesan lipatan, serahkan kertas itu semula kepada Pengawas.

(b) Calon tidak dibenarkan membawa kertas tulis keluar dari dewan/bilik peperiksaan, sama ada kertas yang telah digunakan atau yang belum digunakan.

(c) Calon sama sekali tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

10. Maklumat tentang Sifir Matematik Permulaan Cambridge; Tatatanda, Takrif, dan Rumus Matematik (Mathematical Notation, Definitions, and Formulae), dan Buku Data (Data Booklet), telah dimasukkan dalam kertas soalan yang berkaitan.

11. Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu yang tidak membenarkan penggunaannya. Walau bagaimanapun, Pengawas pusat peperiksaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitan dengan kalkulator tersebut, seperti katalog kalkulator atau manual penggunaan kalkulator, tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

12. Alat seperti telefon bimbit, kamera, radio, perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas (untuk calon istimewa yang memerlukan keperluan khas).

13. Jika calon terlibat dengan pertembungan jadual waktu bagi mana-mana kertas pada sesuatu masa, sila dapatkan keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas di pusat peperiksaan yang berkaitan. Calon akan diberitahu waktu peperiksaan bagi kertas yang bertembung itu.

AMARAN

Calon diberi amaran supaya:

(a) Jangan membawa atau menerima apa-apa buku, nota, kertas dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain daripada sesiapa sahaja kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan;

(b) Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas;

(c) Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Majlis Peperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas atau Pengawas;

(d) Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik peperiksaan;

(e) Jangan bersubahat dengan orang lain dengan tujuan untuk menipu;

(f) Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan untuk diri calon;

(g) Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini.

PERHATIAN: Jika calon melanggar mana-mana Amaran di atas sama ada dengan cara disedari atau tidak disedari, maka calon diingatkan bahawa calon akan didakwa di bawah Kaedah 3 dan Kaedah 4, Akta 225 Majlis Peperiksaan Malaysia 1980, Kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara dalam Kes Salah Laku, 1986).

PERINGATAN

1. Angka giliran dan pusat peperiksaan bertulis calon adalah seperti yang tercatat dalam LPKC.

2. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya dan diberi LPKC yang baharu mestilah mengambil peperiksaan tersebut di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran seperti yang tercatat dalam LPKC yang baharu.

3. Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan tetapi maklumat dalam LPKC belum dikemaskinikan di portal Majlis Peperiksaan Malaysia hendaklah menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03-61261600 tidak lewat dari 22 Oktober 2018.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan