Home Artikel Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram

Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram

422
0
Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram
Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram, maksud Awal Muharam merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Surah at-Taubah, ayat 36

Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram 1


Bulan Muharam ini kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa sunat

Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram

Dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim)
Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.
Menurut laporan, antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.
Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.
Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.
Amalan membaca doa akhir dan awal tahun sambutan tahun baru hijrah

Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram

Hukum berdoa ini seperti disebut ulama, ia termasuk sebagai perintah Allah SWT dan ia tidak ditentukan masa untuk melaksanakannya.
Maka, dalam persoalan boleh atau tidak membaca doa akhir dan awal tahun, ia tidak menjadi masalah walaupun bukan amalan Rasulullah SAW.
Adalah lebih baik doa ini dibaca dan dihayati bersama dengan kefahaman kita terhadap takwim serta amalan hijrah itu sendiri.
Doa Akhir Tahun Hijrah dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar)
Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram
Doa Awal Tahun Hijrah pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib

Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram

Kedua-dua doa ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.
Jom ambil kesempatan ini untuk kita semua berselawat dan jangan lupa baca surah al Kahfi ya.

اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
Diharapkan dengan Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram ini dapat kita amalkan dengan sebaiknya. Semoga dengan doa yang kita baca ini dikurniakan rahmat dan keberkatan daripada Allah dan dilindungi daripada segala perbuatan maksiat yang ditegahNya. Dan niatkan agar dosa kita yang dahulu dan akan datang diampunkan.
Selain itu, titipkan niat agar sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah pada masa akan datang.

Related Post:-

Contoh Kertas Kerja Awal Muharram

Kelebihan, Doa Dan Amalan Di Awal Muharram