Latihan Dan Aktiviti Kembali Ke Sekolah, Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, Latihan Dan Aktiviti Kembali Ke Sekolah antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.


Kredit: Cikgu Ainul
DOWNLOAD:
✏️ Latihan Dan Aktiviti Kembali Ke Sekolah
Related Post:
Himpunan Nota Ringkas Padat Tahun 1 Hingga 6
Himpunan Latih Tubi KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR Semakan 2017
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
KSSR merupakan akronim bagi urikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia Ianya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
Komposisi Kurikulum
Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.
Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.
Modul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
