Home Artikel Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam

Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam

4176
0
Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam

Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam – Murid merupakan modal insan yang sangat berharga untuk menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengisi agenda generasi muda pada era yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

Menyedari keperluan ini, Persatuan Agama Islam di semua sekolah menengah mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan matlamat yang dihasratkan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS 

Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Garis Panduan – Latar Belakang, Rasional, Matlamat, Objektif  dan Contoh Aktiviti tahunan Persatuan Agama Islam

Contoh Perlembagaan Persatuan Agama Islam

Contoh Kertas Kerja Cadangan Penubuhan Persatuan Agama Islam


Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam 3


Contoh Perancangan Strategik Persatuan Agama Islam

Contoh Laporan Tahunan

Contoh Logo Persatuan

No photo description available.

Penutup

Panduan Penubuhan Persatuan Agama Islam – Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini, Persatuan Agama Islam di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain meningkatkan kemahiran komunikasi murid, aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam pelbagai bidang seperti aktiviti puisi, penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Agama Islam diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Di samping itu usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.