Home Aktiviti Persekolahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024

360
0
Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024

1. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti sebelum atau pada 26 April 2024 untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara lantikan Kontrak (Interim) untuk ditempatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 26 April 2024 (Jumaat).
3. Graduan Pendidikan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.
4. Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan bermula 27 April 2024 sehingga 1 Jun 2024.
5. Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
6. Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.                                                                                                  
7. Perincian syarat permohonan boleh dirujuk di sini
8. Calon diminta untuk menyemak syarat kelayakan sebelum memohon. Permohonan jawatan boleh dibuat di SINI. HEBAHAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 TAHUN 2024 – Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (spp.gov.my)

Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….  Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tahun 2024 2