Home Aktiviti Persekolahan Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026

Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026

258
0
Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026
Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026, Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem E-Prasekolah secara atas talian bagi memudahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem E-Prasekolah iaitu seperti berikut:
Permohonan Ke Prasekolah KPM
– Borang permohonan.
– Semak dan kemaskini permohonan.
– Rayuan permohonan.
Kemaskini Maklumat Pengguna
– Pastikan e-mel dikemaskini berdasarkan e-mel terkini yang aktif.
Carian Maklumat Institusi Prasekolah
– Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.
Semakan Status Pendaftaran
– Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan.

Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026

Cara Mendaftar Menggunakan Sistem E-Prasekolah

Bagi mendaftar menggunakan sistem E-Prasekolah, sila ikut langkah-langkah berikut:
1. Layari Laman Sesawang E-Prasekolah KPM
– Layari laman sesawang E-Prasekolah sama ada melalui komputer atau telefon pintar anda.
2. Daftar Dan Login
– Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel yang aktif.
3. Lengkapkan Maklumat Permohonan
– Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
– Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu / bapa / penjaga.
– Pastikan nama yang didaftarkan adalah Nama Penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
– Pastikan pengguna mengingati Kata Laluan dan tidak mendedahkan Kata Laluan kepada orang lain.
– Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
4. Kemaskini Dan Cetak
– Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan.
– Kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
– Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibu / bapa / penjaga.
– Ibu / bapa / penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat pada sistem.
– Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
– Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu / bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
5. Semakan Status Permohonan
– Semakan keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi 2025 / 2026 adalah bermula pada Ogos 2024.
– Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
– Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan.
6. Permohonan Rayuan
– Permohonan rayuan bermula pada Ogos 2024 (tertakluk kepada pindaan).
– Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu / bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah.
– Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga melalui sekolah atau institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.


Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026 1


Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2024

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah KPM Sesi 2025/2026 akan dibuka mulai 1 Mac 2024.
Syarat Permohonan
Permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan dibawah, iaitu:
1. Kanak-kanak warganegara Malaysia.
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.
Cara Permohonan
Permohonan Secara Manual
– Permohonan bermula pada 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024.
– Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang ingin dipohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.
Permohonan Secara Online
– Permohonan bermula pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024.
– Borang permohonan boleh didapati pada pautan berikut:
>>>E-Prasekolah 2024<<<

Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Permohonan Kemasukan Prasekolah Sesi 2025/2026 2