Home Artikel Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang

Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang

929
0

Bulan Ramadan datang lagi. Kedatangan yang sangat-sangat dinantikan oleh umat Islam yang beriman dan bertaqwa. Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah. Kebaikan yang dilakukan dalam bulan Ramadan dilipat kali gandakan oleh Allah. Amalan sunat mendapat ganjaran wajib manakala amalan wajib dilipat gandakan sehingga 70 kali ganda.

Puasa adalah ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan maka segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah. Puasa juga boleh melahirkan manusia yang bertaqwa dan puasa juga boleh melahirkan pelajar cemerlang

Di dapati keputusan peperiksaan agak memberangsangkan sekiranya tarikh peperiksaan itu jatuh pada bulan puasa. Malah ramai lagi pelajar yang mengamalkan berpuasa apabila berdepan dengan tahun peperiksaan.  Hasilnya, pelajar-pelajar ini menjadi pelajar yang cemerlang.

Puasa memberikan kita lebih fokus.

Image result for fokus belajar

Apabila seorang pelajar itu menjaga puasanya bermakna dia tidak akan membuang masa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, melayari internet, bersembang, melepak dan sebagainya. Dengan mengurangkan gangguan-gangguan sebegini pelajar akan mudah untuk fokus kepada pelajarannya. Biasanya, apabila bulan puasa tiba anak-anak lebih gemar berada di rumah berbanding di luar. Ini membolehkan mereka menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru dan mengulangkaji pelajaran. Puasa juga memberikan kelebihan kepada fizikal dan mental seseorang dan ini meningkatkan kemampuan pelajar untuk memahami, mencerap, mengolah dan mengingat setiap apa yang dipelajari.

Puasa Masa Untuk Melawan Hawa Nafsu

Puasa ada sekolah untuk mendidik kita menahan dan melawan kehendak nafsu. Jangan jadikan nafsu sebagai tuhan. Kita mampu dan hendak makan dan minum tapi kita tidak makan dan minum kerana kita patuh kepada perintah Allah.

Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang 1Pelajar ingin bersuka ria dan melepak namun mereka perlu melawan kehendak nafsu. Jangan diturutkan nafsu nanti anda akan lesu. Pelajar ingin tidur, menonton televisyen, melayari internet dan membuang masa bersama-sama kawan-kawan. Ini semua adalah tuntutan nafsu. Maka puasa mengajar kita khususnya pelajar jangan diturutkan nafsu tetapi berusahalah melawannya kerana anda akan mengetahui betapa nikmatnya kejayaan yang diperolehi hasil mujahadah tersebut.


Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang 2


Puasa memberikan kita lebih masa.

Image result for waktuBiasanya, dalam bulan Ramadan semua orang memulakan masanya lebih awal. Malah waktu persekolahan juga dipendekkan dengan pelajar-pelajar dibenarkan pulang lebih awal dari biasa. Tambahan pula pelajar tidak perlu bergegas ke kantin untuk makan pagi dan tengahari. Ini memberikan lebihan masa kepada para pelajar dan jika pelajar bijak memanfaat dan mengurus masanya maka dia akan mempunyai banyak masa bagi mengulangkaji pelajarannya. Ini memberikan lebihan masa kepada para pelajar dan jika pelajar bijak memanfaat dan mengurus masanya maka dia akan mempunyai banyak masa bagi mengulangkaji pelajarannya. Kelebihan seperti ini tidak ada pada bulan-bulan biasa oleh itu manfaatkanlah Ramadan sebaik-baiknya.

Perut yang kenyang merangsang rasa malas dan mengantuk.

Pada bulan-bulan biasa pelajar cenderung untuk makan dengan banyak pada waktu tengahari dan mengantuk serta malas di waktu petang. Malah ramai juga pelajar yang mengantuk dan malas meskipun masih lagi berada diwaktu pagi.Image result for Perut kenyang

Perut yang kenyang adalah antara penyebab kepada masalah malas dan mengantuk ini. Dengan berpuasa, masalah ini dapat diatasi. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga.

Bulan Ramadan memudahkan kita bangun awal.

Waktu belajar yang paling sesuai adalah di awal pagi. Oleh itu pelajar digalakkan untuk tidur awal dan bangun seawal jam 4.00 pagi. Apabila bangun, buatlah solat tahajud dan solat hajat kemudian mulalah menelaah pelajaran.Image result for bangun awal

Bangun di awal pagi memberikan pelajar beberapa kelebihan seperti suasana yang nyaman dan tenang, udara yang segar, tiada gangguan, badan yang segar setelah rehat dan minda yang lebih fokus. Oleh itu manfaatkanlah waktu bulan Ramadan ini sebaik-baiknya untuk belajar dan beribadah.

Doa orang berpuasa dimakbulkan.

Image result for doa

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi saw bersabda, “Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.” Dan dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi saw bersabda, “Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir”. Jelas di sini kelebihan orang yang berpuasa iaitu doanya dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu, pelajar mesti menggunakan bulan Ramadan ini sebaik-baiknya berdoa kepada Allah agar ditingkatkan kefahaman, dipermudahkan urusan, diterangkan hati dan diberikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hak pelajar hanyalah berusaha sebaik mungkin tetapi keputusan sebenar tetap dalam ketentuan Allah. Berdoalah agar apa yang dibaca dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan. Juga berdoalah agar diri mampu melakukan yang terbaik sewaktu dalam dewan peperiksaan.

Bulan Ramadan adanya Malam Lailatulqadar.

Kita semua sedia maklum yang dalam bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatulqadar. Image result for lailatul qadr

Inilah malan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap hamba Allah yang beriman. Oleh itu, sentiasalah bangun malam berqiamullail dan berharap agar bertemu dengan malah yang hebat ini agar permohonan kita diangkat ke langit dan dimakbulkan oleh Allah. Dengan izin Allah, maka pelajar mampu menjadi pelajar yang cemerlang dan tiada yang mustahil selagi ada kemahuan dan keyakinan.

Kesimpulan

Oleh sebab itu marilah kita berpuasa dalam erti kata yang sebenar. Bukan puasa sekadar tidak makan dan minum sahaja namun yang lebih utama adalah berpuasa mata, telinga, lidah dan anggota badan serta hati daripada melakukan kemungkaran dan maksiat yang dibenci oleh Allah.


15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN…

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang 3

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang 4

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari….

Dapatkan Tip seterusnya disini….    Puasa Melahirkan Pelajar Cemerlang 5