Home Panitia Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

9013
0
Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran
Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap), ini adalah bertujuan untuk memberi rujukan buat para guru khususnya.
Umum sedia maklum, setiap mata pelajaran mempunyai sistem pendokumentasiannya yang tersendiri. Namun, ia berpaksikan kepada fail asas, iaitu fail panitia. Fail panitia ini digunakan oleh semua guru panita setiap mata pelajaran.
Kepada guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap). Semoga Bermanafaat kepada semua…

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

JADUAL MENUNJUKKAN NAMA, KANDUNGAN DAN JENIS FAIL PANITIA:

fail panitia

fail panitia

10 JENIS FAIL PANITIA
Terdapat 10 jenis fail yang perlu disediakan oleh setiap panitia Mata Pelajaran, iaitu :
  1. FAIL INDUK
  2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
  3. MESYUARAT PANITIA
  4. PROGRAM KECEMERLANGAN
  5. PEPERIKSAAN
  6. PENYELIAAN/PENCERAPAN
  7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
  8. AKTIVITI KOAKADEMIK
  9. BANK SOALAN
  10. MAKLUMAT GURU
10 jenis fail tersebut mempunyai isi kandungan yang berbeza. Berikut merupakan isi kandungan bagi setiap jenis fail :
1. FAIL INDUK
  1. Surat-surat perhubungan luar / dalaman
  2. Carta Organisasi JKKS dan JK Panitia
  3. Senarai nama guru mata pelajaran dan kelas
  4. Pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan panitia.
  5. ABM/Kewangan Panitia
2. SUKATAN PELAJARAN (DSKP)
  1. Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard
  2. Huraian Sukatan Pelajaran
  3. Rancangan Pelajaran Tahunan
  4. Senarai Bahan Bantu Belajar dan Kedudukannya
  5. Senarai buku teks dan rujukan.
  6. Rekod Pencapaian 100% Sukatan Pelajaran Diajarkan
3. MESYUARAT PANITIA
  1. Notis/Memo Panggilan Mesyuarat
  2. Notis/Memo Edaran Minit Mesyuarat & Borang Maklum Balas (Asal) berserta Minit Mesyuarat
  3. Kehadiran Mesyuarat
  4. Rekod Edaran Minit Mesyuarat
  5. Draf Minit Mesyuarat yang disemak oleh Pengerusi
  6. Maklum Balas Mesyuarat (Asal dan Terkini)
4. PROGRAM KECEMERLANGAN
  1. Pelan Strategik
  2. Laporan-laporan program
  3. Program Perkembangan Staf
  4. Kajian Tindakan (Jika ada)
5. PEPERIKSAAN
  1. Jadual peperiksaan
  2. Jadual penyedia soalan
  3. Analisis Peperiksaan Sekolah dan Peperiksaan Awam
  4. Analisis Headcount
  5. Post-Mortem / Audit Akademik
6. PENYELIAAN / PENCERAPAN
  1. Jadual Penyeliaan
  2. Borang penyeliaan
  3. Laporan kekuatan/kelemahan
7. PENYEMAKAN BUKU LATIHAN MURID
  1. Jadual semakan
  2. Borang penyemakan
  3. Laporan kekuatan/kelemahan
8. AKTIVITI KOAKADEMIK
  1. Surat Menyurat
  2. Aktiviti tahunan
  3. Laporan aktiviti
9. BANK SOALAN
  1. Soalan-soalan peperiksaan sekolah
  2. Soalan-soalan setara daerah / negeri
  3. Soalan-soalan peperiksaan awam

10. MAKLUMAT GURU

  1. Jadual waktu persendirian
  2. Maklumat asas, akademik dan ikhtisas guru
  3. Sijil-sijil penyertaan/penghargaan panitia
CATATAN : Mulai Januari 2015, Panitia Mata Pelajaran hanya menggunakan 1 Fail Am 435-Pin1/80 untuk semua urusan surat-menyurat dan memo.
Related Post:
Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)
Fungsi Dan Peranan Panitia Mata Pelajaran
Contoh Borang Senarai Semak Fail Panitia
Contoh Surat Panggilan Mesyuarat Panitia
Perancangan Tahunan Panitia Matematik
Tips Cari Dana Untuk Panitia Atau Kelab Guru

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap) 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap) 2