Home Artikel Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam

Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam

357
0
Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam
Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam, Kita ketahui kalender hijrah yang mengandungi tarikh-tarikh penting yang menjadi tonggak dalam kehidupan umat islam. Setia tahun umat islam di seluruh dunia menyambut peristiwa bersejarah yang berkaitan rapat tentang hari-hari yang penuh kegembiraan.
Pada tahun 2025, kalender hijrah mempersembahkan beberapa siri tarikh penting yang memberi inspirasi, pengajaran dan penghayatan nilai-nilai agama. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan beberapa peristiwa penting yang tercatat dalam kalender hijrah 2025, seperti yang disusun oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Takwim Kalander 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Kalendar Islam 2025

Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam

 

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam 2025Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam 1

Related Post:
Kalender Malaysia Tahun 2024
Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam
Kalender Takwim Akademik Sesi 2024/2025

Takwim Kalendar 2025 Dan Tarikh Penting Bulan Islam 2


1) 27 Rejab: Israk Mikraj
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa yang menghubungkan antara dua Masjid besar iaitu Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin, sebelum Baginda SAW dinaikkan ke langit.
Peristiwa ini menjadi salah satu pembuktian keimanan terhadap kebenaran Baginda SAW kerana ia merupakan satu mukjizat.
Ketika itu, ada juga yang tidak mempercayai peristiwa yang dialami oleh Nabi SAW tersebut, sehingga sebahagian daripada penduduk Mekah ragu-ragu terhadap agama Islam.
Tetapi, keimanan Saidina Abu Bakar R.A tidak sedikit pun goyah, sambil beliau berkata: “Demi Allah, jika itulah yang Nabi Muhammad SAW katakan, sungguh dia berkata benar. Demi Allah, sesungguhnya dia pernah memberitahuku mengenai kedatangan wahyu kepadanya menerusi Jibril AS pada mana-mana waktu, malam ataupun siang, terus aku mempercayainya dan aku bersaksi bahawa beliau adalah utusan Allah yang sebenarnya.”
2) 15 Syaaban : Malam Nisfu Syaaban
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
Sahih Ibnu Hibban (5665)
3) 1 Ramadan : Awal Ramadan
Awal Ramadan ialah permulaan bagi umat Islam berpuasa seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
4) 17 Ramadan : Nuzul al-Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad. Ketika itu, baginda sedang beribadat di Gua Hira’.
5) 1 Syawal : Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran yang disambut pada 1 Syawal merupakan kemenangan besar bagi umat Islam setelah sebulan bermujahadah melawan nafsu dan melaksanakan amal ibadah dengan tekun pada bulan Ramadan.
6) 1 Zulhijjah : Awal Zulhijjah
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini.” yakni 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”
7) 10 Zulhijjah : Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Aidiladha di Malaysia jatuh pada hari ke-10 Zulhijah dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.
Tujuan Hari Raya Haji ini disambut adalah untuk memperingati peristiwa tentang pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. kepada Allah S.W.T. dan kesabaran anaknya, Nabi Ismali A.S. dalam memenuhi perintah Allah.
8) 1 Muharam : Maal Hijrah/Tahun Baru Islam
Sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad S.A.W. dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan berkembangnya umat Islam dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.
9) 12 Rabiulawal : Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah S.A.W.