Home RPH Tapak eRPH – Siap Setahun SK Dan SMK

Tapak eRPH – Siap Setahun SK Dan SMK

6734
0

Kepada rakan-rakan guru disini disediakan Tapak eRPH – Siap Setahun SK Dan SMK untuk seluruh Subjek.

Terengganu menjadi negeri perintis dalam memperkenalkan sistem Elektronik Rancangan Pengajaran Harian (ERPH) yang melibatkan hampir 10,000 guru di 173 buah sekolah di negeri ini bermula awal tahun 2019.

Kaedah pembelajaran terkini dan lebih efisyen untuk diguna pakai oleh guru-guru menggunakan telefon pintar itu dikendalikan sekumpulan guru yang bertindak sebagai jurulatih atau penggerak program yang diketuai Dr. Syed Abi Gufran Syed Ahmad Al-Idrus.

Menerusi sistem atau kaedah ini, guru-guru tidak lagi perlu mencatat secara manual di dalam buku rekod yang disediakan jabatan untuk disemak guru besar atau pengetua pada setiap Khamis sebagaimana sekarang. Kaedah e-RPH ini akan beri banyak manfaat kepada guru-guru.

SILA MUAT TURUN BAHAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH – Kredit pada Telegram e-RPH 1


TAPAK ERPH – SIAP SETAHUN SUBJEK SK DAN SMK- @drsagasama

Tapak eRPH - Siap Setahun SK Dan SMK 1

TAPAK ERPH SETAHUN 3.0 Sekolah Rendah – @zairi_erphadmin

Tapak eRPH - Siap Setahun SK Dan SMK 2

TAPAK ERPH SETAHUN 3.0 Sekolah Menengah@zairi_erphadmin

Tapak eRPH - Siap Setahun SK Dan SMK 3

LANGKAH-LANGKAH SETUP FOLDER INDUK M-SIMS / ERPH @drsagasama

Tapak eRPH - Siap Setahun SK Dan SMK 4

SET UP ERPH – EDIDIK – @zairi_erphadmin


Tapak eRPH - Siap Setahun SK Dan SMK 5


Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut.

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

  • Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.

Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.

  • Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum.

  • Skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu. Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.

Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

  • Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan.

Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.

  • Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

  • Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

  • Memastikan setiap guru telah bersedia sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dan mengelakkan berlakunya ketirisan pada kemahiran yang sepatutnya diterima oleh setiap pelajar.