Home Aktiviti Persekolahan Tema Hari Kebangsaan 2024 Dan Logo Sambutan

Tema Hari Kebangsaan 2024 Dan Logo Sambutan

1491
0
Contoh Kertas Kerja Bulan Kebangsaan
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan laman yang mengandungi Tema Hari Kebangsaan 2024 Dan Logo Sambutan. Semoga Bermanafaat kepada semua….
Tema Hari Kebangsaan 2024 Dan Logo Sambutan. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum bakal merayakan sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos setiap tahun. Apakah tema tahun ini adalah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan seperti diumunkan oleh  Menteri Komunikasi Dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023.
Himpunan Bahan Aktiviti Bulan Kemerdekaan

Tema Hari Kemerdekaan 2024 Dan Logo sambutan

‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya
HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

Hari Kebangsaan 66 & Hari Malaysia Malaysia (Ke 60)

Tema Hari Kebangsaan 2024 Dan Logo Sambutan 1

Logo Sambutan Hari Kebangsaan 2024logo hari kebangsaan 2024

RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI

logo malaysia madani

Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
DOWNLOAD: Logo Hari Kebangsaan

Penjelasan Tema Sambutan Hari Kebagsaan & Hari Malaysia 2024

logo hari kebangsaan 2024 tema
Related Post:

HIMPUNAN BAHAN AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN


Tema Hari Kebangsaan 2024 Dan Logo Sambutan 2


PENUTUP

Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos, negara kita akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan setiap tahun. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

Bulan Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yangsangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.