Home Aktiviti Persekolahan Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru

Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru

784
0
Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru
Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru, Pengurusan fail peribadi yang baik sangat penting bagi guru, ini bagi memastikan segala dokumen yang diterima disimpan dengan baik. Kita juga percaya setiap guru sebenarnya sudah mengetahui hal ini.
Surat-surat dari SPP terutamanya hendaklah disimpan dengan baik dan selamat, bukan hanya 2,3 tahun, bahkan anda perlu simpannya biarpun sudah bersara. Bagi yang belum mempunyai fail peribadi guru, anda bolehlah menyediakannya sekarang.
Apakah dokumen penting yang perlu disimpan dengan rapi?
Terdapat banyak dokumen yang perlu disimpan, boleh dikatakan semua dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan mesti dimasukkan ke dalam fail.
Namun yang ingin difokuskan di sini adalah senarai surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) iaitu:
  • Surat Tawaran Pelantikan Tetap Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Surat Pengesahan Pelantikan
  • Surat Pegesahan Dalam Perkhidmatan.
  • Surat Pemberian Taraf Berpencen
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru

Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru

Ini merupakan 4 Surat Utama yang anda wajib simpan sampai bila-bila, kerana setiap kali urusan kenaikan pangkat atau Gred secara TBBK segala surat ini akan diminta.
Anda juga perlu memberi salinan setiap surat di atas kepada pihak kerani sekolah unutk dimasukkan ke dalam Fail Peribadi JPN di Pejabat.
Surat Tawaran Pelantikan Tetap Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru

1. Muat turun Surat Tawaran Pelantikan dari laman web SPP Surat Tawaran akan dipaparkan di laman web SPP selama 6 minggu sahaja. Sekiranya terdapat sebarang kesalahan seperti alamat atau apa apa butiran calom-calon, adalah dimohon untuk menghantar emel ke [email protected]
2. Muat turun Pakej setuju terima tawaran. Terdapat beberapa dokumen iaitu:
    • Surat setuju terima tawaran pelantikan
    • Surat Aku Janji
    • Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam- Lampiran A (Pindaan 1/2013)
    • Akaun Berkanun

 

Surat Pengesahan Pelantikan
Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?
Pengesahan Pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.
2. Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan?
Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].
3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?
  Dokumen yang diperlukan untuk Pengesahan Pelantikan adalah:
Surat Setuju Terima Pelantikan (Borang SPA 6A);
Surat Akuan Sumpah (Borang SPA 6B);
Borang Pemeriksaan Perubatan – pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah disyaratkan untuk diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat dengan Kerajaan oleh pegawai perubatan berdaftar iaitu men)gikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013 – Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
Penyata Perubahan (Kew. 8);
Sijil Pengesahan Tapisan Keselamatan (bagi jawatan yang disyaratkan);
Surat Aku Janji (bagi pegawai yang dilantik mulai 01.01.2002);
Salinan sijil/diploma/ijazah yang disahkan bagi calon yang belum megemukakannya semasa menghadiri temu duga; dan
Dokumen-dokumen lain yang disyaratkan dalam surat tawaran.
Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru
Surat ini merupakan surat yang ditunggu-tunggu oleh guru baharu, selagi tidak dapat surat ini, anda tidak boleh ‘duduk diam’. Kelewatan menerima surat ini akan menjejaskan proses-proses lain, sehinggakan anda terpaksa melanjutkan lagi tempoh percubaan.
Bagi mereka yang tiada masalah, dokumen lengkap, Guru Besar dan Kerani uruskan dengan cekap, anda oleh dapat pengesahan lantikan seawal setahun setelah lantikan (mengikut tarikh lantikan pada surat).

 

Surat Pemberian Taraf Berpencen

PDF | PDF

Surat ini juga dari SPP yang mana menerangkan pilihan yang telah anda pilih sama ada memilih Skim Pencen atau KWSP. Ramai yang tidak sabar untuk menerima surat ini, Sekiranya anda memilih skim pencen, surat ini digunakan untuk kerani membuat pemberhentian pemotongan KWSP dan anda juga memerlukannya untuk membuat pengeluaran KWSP.
Segala dokumen ini digalakkan untuk disimpan di:
  • Fail Peribadi Anda: Original
  • Fail Peribadi di Pejabat: Salinan
  • SImpanan Online Seperti Google Drive: Scan dan Save di Google Drive
Kenapa perlu simpan di atas talian? Penyimpanan secara online merupakan salah satu cara untuk kita menjaganya dengan selamat. Jika berlaku kes-kes kehilangan dokumen, bencana alam seperti banjir, kebakaran atau sebagainya, anda mempunyai simpanan ‘Backup’. Cuma yang perlu anda ingat adalah password untuk membuka emel anda.

Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Himpunan Surat Penting SPP Perkhidmatan Guru 2