
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan laman yang mengandungi Cara Install Dan Download Font Cantik. Semoga Bermanafaat kepada semua…. |
Font yang cantik dan menarik selalu diperlukan khususnya ketika ingin membuat buku program, poster, banner atau muka depan fail.
Terdapat banyak laman web yang memberikan font yang boleh dimuat turun secara percuma.
Berikut adalah senarai laman web yang biasa digunakan untuk mencari Font Cantik
Cara Nak Download Font!
1. Pilih salah satu laman web di atas. Bila dah masuk laman web tu. Pilihlah font yang berkenan.
2. Contohnya, berkenan font Molliquam. Kemudian, tekan download.
3. Tunggu file font tu download sampai habis. File font yang di download tu akan dalam bentuk zip file. Klik file tersebut.
4. Selepas klik file zip tadi. Dia akan bukak window file baru. Selepas itu, cari dan klik file Truetype font file atau nak mudahkan file yang ada huruf A.
5. Selepas klik font file yang ada huruf A tu. Dia akan buka window baru, dan tekan sahaja Install. Nanti dia akan install. Itu aja.
6. Dah boleh lah check dan gunakan font baru korang tu kat Microsoft Words ke Photoshop ke Illustrator ke!
Sekian perkongsian hari ni. Selamat mencuba!
Related Post:
Cara Install Dan Download Font Cantik
Cara Install Font Jawi Pada Komputer Dan Handphone
Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.