Home Aktiviti Persekolahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

690
0
7 Teras Utama KPM 2023
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan laman yang mengandungi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semoga Bermanafaat kepada semua….
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi tunjang utama kepada arah tuju pendidikan di negara kita. Sebelum ini ia di sebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
Sekiranya anda seorang guru dan pasti akan belajar tajuk FPK ini di Maktab atau kini di sebut sebagai Institut Pendidikan Guru IPG. Ia merupakan tajuk wajib yang mesti dipelajari oleh setiap bakal guru.
Menariknya falsafah ini dihuraikan oleh Pensyarah IPG dengan cukup mendalam, setiap perkataan, setiap baris ada pengertian dan maksud yang perlu difahami.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


” Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ” 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bolehlah disifatkan sebagai tunjang kepada semua dasar-dasar yang telah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan.
Segala perubahan yang dibuat juga memerlukan penelitian rapi bagi memastikan agar ia menepati kepada FPK.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2