Home Aktiviti Harian Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

965
0
Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Doa Dipermudahkan Segala Urusan, tidak kira lah kita dalam keadaan senang ataupun susah, kita perlu sentiasa ingat serta bergantung dengan Allah. Kehidupan tak sentiasanya indah seperti yang kita gambarkan, kita tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada kita esok hari nanti. Oleh itu, kita hanya mampu bertawakal dan berdoa pada Allah supaya dipelihara serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini.

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

1. Doa Nabi Yunus AS

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:
“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

2. Surah Al Baqarah, Ayat 225 (Ayat Kursi)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya:
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (Al-Baqarah:225)

3. Surah Al-Kahfi, Ayat 10

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya:
“ Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Al-Kahfi:10)

4. Surah Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya:
“ Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.” (Taha:25-28)
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Dipermudahkan Segala Urusan 1

 


ADAB DI DALAM MASJID

  1. Berniat iktikaf di dalam masjid iaitu berhenti seketika atau lama dengan maksud  beribadah kerana Allah.
  2. Menunaikan solat dalam keadaan tenang dan tidak gopoh.
  3. Tunaikan  solat sunat tahiyyatul masjid.
  4. Sebaik-baiknya bersolat pada tempat yang berdinding ( sutrah )
  5. Elakkan daripada keluar dari masjid selepas azan berkumandang melainkan atas sebab-sebab yang syarie.
  6. Elakkan dari  melangkah  tengkuk para jemaah yang lain
  7. Elakkan daripada memakan benda – benda yang berbau .
  8. Elakkan dari memakai pakaian yang mengganggu kekhusukan solat para jemaah .
  9. Jaga kebersihan
  10. Menjauhkan diri  daripada amalan yang bertentangan dengan adab-adab di masjid
  11. Menjawab azab ketika berkumandang.
  12. Elakkan dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau bersifat keduniaan.
  13. Jangan berjual beli ketika berada di dalam ruangan solat.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Dipermudahkan Segala Urusan…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.