Home Aktiviti Harian Doa Memohon Zuriat Yang Baik

Doa Memohon Zuriat Yang Baik

1170
0
Doa Memohon Zuriat Yang Baik … Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tidak berputus asa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurnikan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.
Doa ini sangat sesuai diamalkan agar kita  dikurniakan zuriat yang baik ahklaknya. Malah bagi pasangan yang belum direzekikan zuriat, anda juga boleh amalkan doa Nabi Zakaria as ini untuk memohon rezeki anak.
Disini disediakan Doa Memohon Zuriat Yang Baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Memohon Zuriat Yang Baik

DOA MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”  (Surah Al-Imran: 38)
Maksudnya:
Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Memohon Zuriat Yang Baik 1

 


5 Doa Dalam Al-Quran Untuk Memohon Zuriat Keturunan Yang Soleh

1. Surah Ali Imran ayat 38
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada-Ku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.”
Ini adalah doa Nabi Zakaria yang memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat yang baik untuk kelangsungan dakwahnya.
2. Surah Ibrahim ayat 40
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mend1rikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Ini adalah salah satu doa Nabi Ibrahim agar dipelih4ra zuriat keturunannya.
3. Surah Al-Furqan ayat 74
“Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Ini adalah doa untuk memohon kebaikan daripada anak dan isteri.
4. Surah As-Saffat ayat 100
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak dari kalangan orang-orang yang soleh.”
Ini adalah doa permohonan Nabi Ibrahim a.s kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat keturunan. Selama bertahun-tahun, Nabi Ibrahim a.s sabar menanti dan akhirnya, Baginda dikurniakan anak dari Hajar iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dari isteri pertamanya; Sarah sekalipun usianya sudah begitu lanjut ketika itu.
5. Surah al-Ahqaf ayat 15
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya, aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).”
Semoga dengan melazimi doa ini dapat menjadikan d1ri kita dan zuriat keturunan agar menjadi Muslim yang diredhai oleh Allah SWT sehingga akhir kehidupan kelak.
Doa ibu bapa adalah doa yang mudah untuk dimakbulkan. Oleh itu, para ibu bapa sewajarnya mengambil peluang ini untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat anak-anak yang menjadi ‘amanah’ buat mereka.
Sesungguhnya, orang yang berdoa akan dikasihi oleh Allah SWT kerana dia menyedari tentang kedudvkan d1rinya sebagai hamba Allah SWT yang mengh4rapkan bantuan dari yang Maha Kuasa atas segala-galanya. Doa juga sebagai tali penghubung antara kita dengan Allah.
Mintalah kepada-Nya, pasti didengarinya. Cepat atau lambat dimakbullkan biarlah menjadi urusan-Nya, apa yang pasti sebagai hamba-Nya jangan berhenti berh4rap atau berdoa kepada-Nya dan jangan sesekali menyekvtukannya dengan apa jua sekalipun dengan berh4rap pada makhluk yang lain. Wallahua’lam.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Memohon Zuriat Yang Baik …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.