Program Pemulihan Khas disediakan bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Program ini diharapkan dapat membantu guru Pemulihan Khas yang komited, sabar dan berdaya maju bagi meningkatkan pencapaian murid pemulihan dalam pembelajaran. Selaku agen pelaksana, guru Pemulihan Khas perlu menggunakan strategi-strategi tertentu bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran yang telah dirancang mengikut tahap kebolehan dan keupayaan mereka.
MARI MEMBACA KONSTRUK 1 – 12
Konstruk 1 – Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 – Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 – Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 – membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup’ng’.
Konstruk 7 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong.
Konstruk 8 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan mengandungi vokal berganding
Konstruk 9 – membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan gabungan
Konstruk 10 – Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran
Konstruk 11 – Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 – membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan
Muat Turun “Mari Membaca Konstruk 1- 12” di sini
LEMBARAN KERJA MATEMATIK PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Lembaran Kerja Matematik Pemulihan Khas ini adalah amat penting bagi menguji kefahaman murid dalam setiap kemahiran yang dipelajari, disamping dapat membantu guru dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran, membantu guru dalam penyediaan bahan, menguji tahap penguasaan, dan merancang aktiviti pengayaan lebih berkesan dan berfokus kepada setiap murid.
Muat Turun “Lembaran Kerja Matematik” di sini
Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai
kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas Pemulihan Khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).
Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi
masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.
Justeru itu, bagi membolehkan murid cepat menguasai kemahiran yang diajar, kaedah dan aktiviti mengajar amat penting dan perlu dipelbagaikan agar pengajaran guru dapat menarik minat murid untuk menguasai kemahiran dengan lebih berkesan. Lembaran Kerja ini dihasilkan sebagai panduan dan cadangan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.