Borang Penskoran Standard 4: PDPC, Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Borang Penskoran Standard 4: PDPC. Semoga Bermanafaat kepada semua…
Pelbagai kriteria yang dinilai oleh penilai.
- Guru sebagai perancang.
- Guru sebagai pengawal.
- Guru sebagai pembimbing.
- Guru sebagai pendorong.
- Guru sebagai penilai.
- Murid sebagai pembelajar aktif.
Guru sebagai perancang bermaksud guru mempunyai perancangan dalam melaksanakan pdpc. Ia sebenarnya adalah apa yang telah ditulis di dalam RPH.
Guru sebagai pengawal pula merupakan elemen penting, guru bertanggungjawab mengelola kelas dengan aktiviti yang telah disusun.
Cara guru menguruskan murid di dalam kelas juga akan dilihat dalam Standard 4 SKPMG2 ini.
JIKA ANDA INGIN DOWNLOAD:
Borang Penskoran Standard 4: SKPMg2
Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Semak Jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.