Home Buku Teks Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM

Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM

3225
0
Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM

Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM ini ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 4.

Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.

Melalui penggunaan Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM ini akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.

Bagi fasa permulaan, buku teks versi ber- cetak akan kekal digunakan seperti biasa. Pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF.

Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM 1

MUAT TURUN

JUDUL BUKU TEKS

Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM

 

Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM

 

Related Post:

Himpunan Buku Teks Digital KSSM Tingkatan 1 Hingga 5 2023

Buku Teks Digital Bahasa Melayu Tingkatan 4 
Buku Teks Digital Sejarah Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Inggeris Tingkatan 4
Buku Teks Digital Sains Tingkatan 4
Buku Teks Digital Matematik Tingkatan 4
Buku Teks Digital Add Math Tingkatan 4
Buku Teks Digital Pendidikan Islam Tingkatan 4
Buku Teks Digital Tasawwur Islam Tingkatan 4
Buku Teks Digital Pendidikan Moral Tingkatan 4
Buku Teks Digital Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 4
Buku Teks Digital Geografi Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Cina Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Iban Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Kadazandusun Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Semai Tingkatan 4
Buku Teks Digital Biologi Tingkatan 4
Buku Teks Digital Kimia Tingkatan 4
Buku Teks Digital Fizik Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Jepun Tingkatan 4 Dan 5
Buku Teks Digital Sains Tambahan Tingkatan 4
Buku Teks Digital Bahasa Arab Tingkatan 4
Buku Teks Digital Pendidikan Muzik Tingkatan 4
Buku Teks Digital Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah Tingkatan 4
Buku Teks Digital Syariah Islamiyah Tingkatan 4
Buku Teks Digital Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4

  10 Kelebihan Penggunaan Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM

Kredit https://myhasri.wordpress.com

1. Penjimatan

Dengan buku teks elektronik, kos percetakan (kertas dan dakwat), penggudangan, pengangkutan dan banyak kos-kos kecil lagi telah ditiadakan. Malah masa yang diluangkan oleh guru-guru dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dapat dijimatkan. Adalah dijangka dengan peralihan buku teks daripada cetak kepada digital boleh menjimatkan belanja kerajaan sehingga 70% daripada kos penyediaan buku teks sekolah seluruh Malaysia.

2. Lebih Ringan Dan Mudah Disimpan 

Buku teks elektronik yang paling sesuai digunakan ialah buku teks berformat E-Pub. Ia merupakan format buku elektronik yang sangat ringan dan diterima oleh kebanyakan platform peranti. Dianggarkan saiz bagi sebuah saiz e-pub berbanding format PDF ialah sebanyak 10 kali ganda lebih ringan.

3. Berinteraktif 

Buku-buku teks bercetak yang digunakan dalam kelas kini dianggap buku tetap yang tidak mudah diubah-ubah. Kandungan bercetaknya akan kekal statik sehinggalah ia  rosak, dilupus dan diganti dengan edisi buku teks yang baru yang lain.

Apabila buku teks itu hidup, para pelajar lebih teruja untuk menelaah buku teks masing-masing dan seterusnya mencambah minat belajar di kalangan mereka. Daripada masa ke semasa bahagian kurikulum pendidikan juga masih boleh mengemaskini capaian-capaian yang ada dengan maklumat baru secara langsung. Jika ada kesilapan fakta pada buku teks, ia juga boleh diperbaiki serta-merta bukan perlu cetak dan cetak lagi.

4. Murid-murid sekarang ialah Digital Natives.

Pelajar yang berada di alam persekolahan ini adalah golongan ‘Digital Natives’ dan membesar dengan komputer, internet, google, youtube dan media sosial. Untuk menyesuaikan teknik pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, pihak kementerian juga harus mengambil kira maklumat ini dan P&P haruslah diseimbangkan dengan keperluan zaman terkini.

5. Kontens yang boleh disesuaikan (customized)

Buku elektronik boleh menyesuaikan kontensnya berdasarkan profil pembacanya. Cara penyusunan bab dan capai-capaian tambahan boleh diubah secara fleksibel kepada pelajar yang laju ke hadapan manakala pelajar-pelajar yang minat  pembelajaran cara visual, mereka boleh memperoleh buku-buku teks elektornik yang disesuaikan dengan capaian-capaian visual atau audio.

6. Buku teks elektronik boleh memelihara hak pemilik hak cipta

Buku elektronik pada zaman kini (bukan PDF) sangat selamat kepada para penerbit atau pemilik harta intelek dalam buku tersebut. Setiap buku elektornik tertakluk kepada Digital Rights Management (DRM). Melalui DRM, setiap buku harus dibaca dalam platform baca (reader) masing-masing dan sudah tentu tidak boleh disalin semula ke peranti lain kecuali dibenarkan oleh pemilik hak cipta kontens.

7. Mudah dimuat turun dan disimpan sampai bila-bila

Buku teks elektronik berformat e-pub ini sebenarnya amat fleksibel. Selain daripada ia boleh disimpan dalam peranti guru dan boleh dipancarkan ke mana-mana dinding pada bila-bila masa, para ibu bapa juga boleh memilih untuk membeli terus buku elektronik tadi.

Jika ibu bapa membeli buku-buku teks elektronik tadi, mereka boleh muat turun buku-buku elektronik tadi ke mana-mana peranti yang mereka ada dan disimpan dalam pustaka digital masing-masing yang hanya boleh dicapai di mana-mana (secara awanan) dengan hanya log in masuk ke akaun mereka yang sedia ada.

8. Tidak semuanya bergantung kepada Internet

Apabila bercakap tentang buku teks elektronik, sangkaan orang ramai ialah buku yang hanya boleh dibaca apabila ada capaian internet. Sangkaan ini adalah salah dan sesat. Memandangkan ciri-ciri buku teks elektronik yang boleh dimuat turun, ia bermakna capaian internet hanya diperlukan hanya sekali saja (ketika muat turun).

Apabila para pelajar telah sedia memiliki peranti di tangan masing-masing, mereka boleh memuat turun buku teks elektronik daripada peranti guru masing-masing melalui sambungan ‘bluetooth’ sahaja.

9. Mesra Peranti (boleh baca di platform apa saja)

Buku-buku teks elektronik yang sedang dibangunkan menggunakan program pengaturcaraan HTML dan XML. fail-fail ini sangat fleksibel dan boleh digunakan oleh hampir semua peranti-peranti di pasaran tidak kira sama ada ia berasaskan iOS, Android ataupun Windows.

10. Teknologi ini telah sedia ada dan bukan sains roket

Penggunaan buku teks bercetak tidak flesibel dan memerlukan kos yang sangat tinggi. Penggunaan teknologi yang dibangunkan secara tempatan untuk membina platform buku teks digital tempatan ini wajar diraikan kerana ia akan membawa para penerbit masuk ke dunia masa depan. Guru-guru akan berasa lega kerana mereka juga bakal dibebaskan daripada terbeban dengan banyak masa yang tidak berkaitan. Apabila buku teks digital sudah interaktif, para murid sebagai pengguna utama sendiri berasa teruja untuk menggunakannya dan menjadi budaya mereka sehari-hari.

Teknologi buku teks elektronik ini mudah dipelajari dan boleh diamalkan oleh banyak pegawai-pegawai teknikal KPM dan guru-guru sendiri. Memandangkan ia bukan roket sains, tidak ada sebab lagi untuk kita bertangguh-tangguh dalam meninggalkan penerbitan buku teks bercetak yang mahal serta tidak fleksibel.

KESIMPULAN

Penggunaannya Buku Teks Digital Bahasa Tamil Tingkatan 4 KSSM ini sangat mudah kerana dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat maklumat daripada buku tersebut akan terpapar. Para guru hanya perlu bijak dalam mengendalikan buku teks digital untuk menarik perhatian pelajar supaya tidak hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam konteks penggunaan buku teks digital dalam pengajaran di sekolah, guru atau pendidik adalah pihak yang memainkan peranan penting untuk menjayakan dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan adalah pada asasnya adalah sebahagian transformasi pendidikan melalui penggunaan teknologi. Melalui transformasi ini guru dapat melahirkan insan yang cerdas dari semua aspek demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.