Home Artikel Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM

Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM

1612
0
Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM
Pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mula berfikir mengenai hala tuju pengajian mereka selepas peperiksaan SPM tamat.
Selepas berakhirnya SPM, pelajar akan mula merancang untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di dalam atau luar negara.
Oleh itu, pelajar perlu memastikan mereka membuat pilihan yang bijak bagi menyambung pengajian sesuai dengan minat dan cita-cita mereka.
Di sini, akan diterangkan Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM yang boleh menjadi pilihan pelajar bagi menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

1. Program Matrikulasi KPM 

Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hala tuju yang paling popular bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.
Program Matrikulasi KPM program persediaan yang diwujudkan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke IPT dalam dan luar negara.
Pelajar yang menyambung pengajian di matrikulasi akan diberikan 4 pilihan jurusan iaitu:
  • Jurusan Sains
  • Jurusan Kejuruteraan
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional
Mereka juga boleh memohon jawatan di sektor kerajaan/ perkhidmatan awam menggunakan sijil Matrikulasi bagi Gred 29.

 

2. Tingkatan 6 (Form 6) : STPM/ STAM

Pelajar juga boleh memilih untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi aliran agama.
Pengajian Tingkatan 6 hanya ditawarkan di sekolah menengah yang terpilih sahaja dan tidak ditawarkan di semua sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Lepasan STPM dan STAM yang berjaya menamatkan peperiksaan terbabit akan teru menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda ke IPTA atau IPTS dalam atau luar negara.

Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM 1


3. Diploma Universiti/Politeknik

Pelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat Diploma sebagai pilihan selepas mereka tamat SPM.
Program diploma merupakan salah satu program persediaan yang ditawarkan kepada para pelajar sebelum ke Ijazah Pertama atau Ijazah Sarjana Muda.
Namun, perbezaan program Diploma berbanding progam persediaan yang lain seperti Matrikulasi mahupun Asasi ialah tempoh masa pengajian Diploma lebih lama berbanding yang lain.
Ini kerana program Diploma menawarkan pengajian yang lebih spesifik berbanding pengajian Matrikulasi atau Asasi yang lebih umum.
Terdapat lebih 70 kos diploma yang ditawarkan di 36 politeknik seluruh Malaysia

 

4. A-Level

Pelajar juga boleh menyambung pengajian di peringkat A-Level yang ditawarkan di Kolej MARA atau INTEC.
A-Level adalah program pra-universiti yang ditawarkan di Malaysia yang berdasarkan sistem pendidikan di United Kingdom.
Program ini dikendalikan oleh Cambridge Assesment International Education (CAIE) dengan tempoh pengajian adalah 12 ke 24 bulan.
Lepasan A-Level diterima di lebih 160 negara dan juga diterima di IPTA di Malaysia. Antara institusi yang menawarkan program ini adalah :-
  • Sunway College,KL
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • TAR College
Tempoh pengajian adalah setahun setengah hingga dua tahun. Terdapat 2 tahap iaitu Advanced Subsidiary (AS) dan Advanced Two (A2), di mana masing-masing memberikan 50% untuk markah akhir.

5. Kolej Komuniti

Terdapat 4 program pengajian yang ada ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:
  • Sijil Kolej Komuniti (T)
  • Diploma Kolej Komuniti (DKK)
  • Sijil Kolej Komuniti (M)
  • Sijil Kolej Komuniti (P)
Kursus pendek juga ada ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Tiga sesi kemasukan untuk permohonan menjadi pelajar sepenuh masa Kolej Komuniti adalah sesi kemasukan Mac, Julai dan November.

 

6. IProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Untuk mereka yang berminat menceburi bidang perguruan untuk menajdi guru atau cikgu, bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak.
Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.
Permohonan IPG iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dipohon melalui permohonan UPUonline bermula tahun 2020.
Pelajar akan mengikuti PISMP di Institut Pengajian Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan di sekolah rendah. Tempoh pengajian yang akan dilalui oleh pelajar menerusi program ini adalah selama 5 tahun.

 

7. TVET MARA

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai minat dalam amalan industri.
Skop pengajian TVET yang akan diikuti pelajar akan memberikan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor, dan pendedahan kepada latihan di industri.
MARA menawarkan program-program pengajian seperti :-
  • Program Pengajian Persediaan
  • Pra-Diploma
  • Diploma
  • Higher National Diploma
  • Ijazah Pertama
Objektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah :-
  • Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi
  • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal di industri
  • Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa
  • Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan i-pengajar Melahirkan potential technopreneur yang berdaya saing dan berdaya tahan
  • Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

 

8. Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA/IPTS)

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti tempatan dan luar negara sebagai destinasi pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti awam tempatan, anda haruslah memohon kemasukan melalui Permohonan UPU online untuk lepasan SPM/ setaraf.
Pelajar lepasan SPM adalah layak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA berdasarkan kelayakan dan minat iaitu Program Asasi/ Diploma Di UA/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti dan ILKA. Pelajar seterusnya boleh menyambung pengajian tinggi mereka ke peringkat Ijazah.Universiti Awam, IPTA, Politeknik, Kolej Universiti selepas menamatkan program Asasi dan Diploma.
Menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga menjadi pilihan terbaik buat lepasan SPM termasuklan ke IPTS terkenal seperti Universiti Teknologi Petronas, Uniten, MSU, UniKL MMU dan sebagainya.

 

9. Latihan Kemahiran Di GIATMARA

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa. Pelajar bumiputera yang berumur 15 tahun ke atas samada lepasan SPM atau bukan dengan syarat mereka boleh membaca, menulis dan minat adalah layak untuk memohon.
Kepada yang memenuhi syarat kelayakan dan mempunyai tubuh badan yang sihat bolehlah membuat permohonan GIATMARA untuk menyertai program latihan sepenuh atau separuh masa di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai.

 

10. International Baccalaureate

Bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda ke luar negara, mereka boleh menyambung pengajian International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA yang terpilih.
Program pengajian ini adalah program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester bagi pelajar yang terlibat.
Program ini dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland.
Pelajar boleh memilih subjek berdasarkan kumpulan subjek seperti Bahasa dan Linguistik, Sains, Matematik, Seni
Lepasan IB diterima diseluruh dunia anataranya di AMerika Syarikat, UK, Kanada dan Australia.
Diharapkan dengan Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM yang disediakan ini adalah beberapa destinasi yang boleh dipilih untuk meneruskan pengajian. Ada banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya.
Akhir kata, disamping pelajar-pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian yang ingin dipilih, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa banyakkan berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia idan juga di akhirat kelak.