Home Artikel Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis

Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis

909
0
Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis
Kepada ibu bapa, guru-guru disini disediakan laman yang mengandungi Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis 16


Beza antara pengacara majlis dengan pengerusi majlis

Pengacara majlis boleh didefinisikan sebagai seseorang yang ditugaskan secara rasmi bagi mengendalikan satu-satu majlis mengikut atur cara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukan arahan pegawai protokol.
Tugas pengacara majlis bukannya mudah sebaliknya memerlukan seorang yang komited dan berpengetahuan luas. Ini memandangkan pengacara majlis adalah nadi penggerak utama untuk sesebuah majlis apatah lagi jika melibatkan majlis rasmi.
Tugasnya akan menjadi lebih berat sekiranya terdapat kehadiran tetamu kenamaan yang bertaraf menteri. Mahu tidak mahu seseorang individu yang dilantik sebagai pengacara majlis harus membuat kerja rumah bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Melakukan latihan sebelum acara sebenar bermula juga satu keperluan. Seorang pengacara yang baik juga haruslah berkebolehan serta mahir dalam berkomunikasi dengan yakin dan mestilah peka dengan keadaan sekeliling semasa majlis berjalan.
Akhir sekali, seseorang pengacara hendaklah aktif, tidak kaku dan tidak berbicara dengan aksi-aksi yang keterlaluan. Kemahiran bahasa juga diperlukan kerana seseorang pengacara majlis yang baik perlu tahu menyusun pengucapan bertatasusila mengikut prosedur dan etika sosial.

Perbezaan?

Pengerusi majlis – menerima majlis daripada pengacara majlis, mempengerusikan sesuatu majlis seperti pertandingan pantun, forum, dll., boleh membuat komen, ulasan, jenaka dll., danselepas tamat majlis berkenaan serahkan semula majlis kepada pengacara majlis.
Manakala, pengacara majlis pula boleh satu (1) orang atau lebih dua (2) orang dan kedudukan pengacara majlis haruslah berada di hadapan orang ramai sama ada di rostrum atau sudut hadapan yang boleh dilihat orang ramai (penonton).
Pengacara terikat dengan etika & SOP pengacara dan harus berpandukan aturcara mengikut skrip majlis yang diberikan serta menjaga masa yang ditetapkan.
Pemakaian pengacara juga haruslah mengikut tema atau dress code yang ditetapkan majlis, tidak boleh keterlaluan atau kurang sopan (yang pentingnya pengacara majlis jangan sesekali mengacarakan majlis dalam keadaan duduk)

10 Tips Untuk Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan

1) Buat Jadual

Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis 17

Umumnya, pelajar tidak dapat menyusun kehidupan rutin belajar mereka dengan baik dan jika ada pun mereka gagal mengikutinya dengan tekal. Jadual mengulangkaji pelajaran ketika hari biasa adalah berbeza dengan jadual mengulangkaji ketika menghadapi peperiksaan. Jadual ulangkaji ketika peperiksaan haruslah dibina berdasarkan mata pelajaran yang dilalui untuk esok harinya atau yang terdekat . Jadual harus dibina mengikut kesesuaian aktiviti seharian dan perlu diikuti dengan disiplin yang ketat kerana tanpa jadual atau konsistensi yang betul, sangat sukar untuk mencapai keputusan yang di inginkan.

Bukan sahaja pelajar perlu ada jadual atau rutin tertentu tetapi kebanyakan mereka yang berjaya dalam hidup, mereka semua mempunyai corak atau rutin yang mereka ikuti secara tetap.

Jadi buatlah jadual rutin dan selaraskan dengan semua aktiviti yang anda lakukan dalam kehidupan seharian. Ia akan menjadikan anda seoarang pelajar yang lebih konsisten.

2) Ambil Makanan Sihat: –

Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis 18Setelah mengikuti semua perkara di atas sekarang tiba waktunya untuk menjaga kesihatan anda. Perkara yang penting ini sering diabaikan oleh hampir semua orang. Gaya hidup yang sihat adalah perkara yang paling penting dalam hidup anda. Dengan kata lain, “kesihatan adalah kekayaan sebenar dan terbesar dalam hidup”.

Pelajar biasanya tidak menjaga kesihatan mereka dengan sempurna dan mengamalkan mengambil makanan ringan secara tetap. Secara tidak sedar makanan ringan yang mereka ambil merupakan penyumbang terbesar kepada masalah stres. Oleh itu, jagalah kesihatan anda. Elakkan makanan ringan dan makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat.

Amalkan Pemakanan yang seimbang  yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

3) Dapatkan Cukup Tidur: –

Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis 19

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Oleh itu, tidur dengan sempurna, sekurang-kurangnya 7 jam untuk mengelakkan masalah seperti tekanan peperiksaan. Dapatkan tidur yang betul serta secukupnya dan bangun awal yang akan membantu anda mengekalkan rutin anda.

4) Bersukan: –

Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis 20

Ramai pelajar tidak bersukan atau aktif melakukan aktiviti fizikal ketika musim peperiksaan mereka. Ini adalah tindakan yang kurang tepat. Otak anda juga perlukan rehat. Selitkan dalam jadual anda sedikit ruang untuk bermain dan bersosial dengan rakan-rakan anda, ianya akan dapat menyegarkan minda anda dan menghalang tekanan ketika peperiksaan anda.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Himpunan Pantun Terbaik Pengacaraan Majlis 21