Himpunan Soalan Model Bahasa Melayu PT3 adalah sebahagian koleksi soalan-soalan yang dibina untuk digunakan sebagai sumber soalan tambahan kepada guru dan pelajar ketika di dalam kelas dan pembelajaran sendiri di rumah.
Soalan-soalan telah disusun sesuai dengan topik yang terkandung dalam buku teks dan diikuti dengan penilaian yang berorientasikan peperiksaan dan standard PT3. Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar membiasakan diri dengan peperiksaan yang sebenar..
Selaras dengan konsep tuisyen ketika di rumah, solan-soalan ini dibentuk dan mempunyai ciri-ciri yang membantu pelajar memantau dan menilai prestasi mereka sendiri.
5 SET Soalan Model Bahasa Melayu PT3
SUBJEK |
SOALAN & SKEMA
|
Kertas Model Bahasa Melayu PT3 – SET 1 |
SOALAN & SKEMA |
Kertas Model Bahasa Melayu PT3 – SET 2 |
SOALAN & SKEMA |
Kertas Model Bahasa Melayu PT3 – SET 3 |
SOALAN & SKEMA |
Kertas Model Bahasa Melayu PT3 – SET 4 |
SOALAN & SKEMA |
Kertas Model Bahasa Melayu PT3 – SET 5 |
Dapatkan juga kategori soalan yang lain Di SINI !!!!!
-
Himpunan Soalan Model Bahasa Inggeris
-
Himpunan Soalan Model Bahasa Melayu
-
Himpunan Soalan Model KH Teknikal
-
Himpunan Soalan Model KH PD
-
Himpunan Soalan Model KH SPN
-
Himpunan Soalan Model KH ERT
-
Himpunan Soalan Model Matematik
-
Himpunan Soalan Model Sains
-
Himpunan Soalan Model Pendidikan Islam
-
Peperiksaan Percubaan PT3 2017
-
Peperiksaan Percubaan PT3 2016
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Mengadakan Study Group
Pembelajaran secara berkumpulan adalah cara mengulangkaji yang sangat berkesan Anda mungkin mempunyai soalan yang mempunyai jawapan dan begitu juga sebaliknya dengan rakan-rakan anda. Selagi group anda dapat memastikan fokus pada topik itu dan mengadakan perbincangan untuk jangka waktu yang disepakati, ini boleh menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk mencabar diri anda. Pastikan group anda mempunyai peraturan dari segi bidang pebincangan dan masa yang ditetapkan.
2. Kesan Makanan Ringan Keatas Otak
Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulangkaji. Harus diingat apa yang anda makan benar-benar boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda, jadi jauhkan diri dari makanan ringan. Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda, seperti ikan, kacang, biji, yogurt dan blueberry. Perkara yang sama juga perlu diamalkan ketika hari peperiksaan.
3. Minum Banyak Air
Minum banyak air, ingat bahawa terhidrasi dengan baik adalah penting untuk otak anda untuk bekerja dengan sebaik-baiknya. Pastikan anda menyimpan banyak air sepanjang mengulangkaji, dan juga pada hari peperiksaan.
4. Ambil Rehat Teratur Dan Secukupnya
Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin, ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif. Jika anda berlatih untuk maraton, anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari. Begitu juga, kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang, seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu.
Semua orang berbeza, jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda. Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi, mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari. Atau, jika anda lebih produktif pada waktu malam, ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang.
Cuba jangan merasa bersalah kerana sedang menikmati cahaya matahari dan bukannya membongkokkan diri dengan nota anda. Ingat Vitamin D adalah penting untuk otak yang sihat.