Home Soalan PT3 Soalan Model Pendidikan Moral PT3 – Set 2

Soalan Model Pendidikan Moral PT3 – Set 2

1047
0

Soalan Model Pendidikan Moral PT3 – Set 2 adalah sebahagian himpunan soalan-soalan yang dibina untuk digunakan sebagai sumber soalan tambahan kepada guru dan pelajar ketika di dalam kelas dan pembelajaran sendiri di rumah.

Soalan-soalan telah disusun sesuai dengan topik yang terkandung dalam buku teks dan diikuti dengan penilaian yang berorientasikan peperiksaan dan standard PT3. Tujuannya adalah untuk menyediakan pelajar membiasakan diri dengan peperiksaan yang sebenar..

Selaras dengan konsep tuisyen ketika di rumah, solan-soalan ini dibentuk dan mempunyai ciri-ciri yang membantu pelajar memantau dan menilai prestasi mereka sendiri. Soalan Model Matematik PT3 - Set 4

 

SUBJEK

 

 

SOALAN & SKEMA

 

Soalan Model Pendidikan Moral PT3 – Set 2

 

 

SOALAN


Soalan Model Pendidikan Moral PT3 - Set 2 1


Dapatkan juga kategori soalan yang lain Di SINI !!!!!


15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Mengadakan Study Group

Soalan Model Pendidikan Moral PT3 - Set 2 2

Pembelajaran secara berkumpulan adalah cara mengulangkaji yang sangat berkesan Anda mungkin mempunyai soalan yang mempunyai jawapan dan begitu juga sebaliknya dengan rakan-rakan anda. Selagi group anda dapat memastikan fokus pada topik itu dan mengadakan perbincangan untuk jangka waktu yang disepakati, ini boleh menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk mencabar diri anda. Pastikan group anda mempunyai peraturan dari segi bidang pebincangan dan masa yang ditetapkan.

2. Kesan Makanan Ringan Keatas Otak

Soalan Model Pendidikan Moral PT3 - Set 2 3

Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulangkaji. Harus diingat apa yang anda makan benar-benar boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda, jadi jauhkan diri dari makanan ringan. Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda, seperti ikan, kacang, biji, yogurt dan blueberry. Perkara yang sama juga perlu diamalkan ketika hari peperiksaan.

3. Minum Banyak Air

Soalan Model Pendidikan Moral PT3 - Set 2 4

Minum banyak air, ingat bahawa terhidrasi dengan baik adalah penting untuk otak anda untuk bekerja dengan sebaik-baiknya. Pastikan anda menyimpan banyak air sepanjang mengulangkaji, dan juga pada hari peperiksaan.

4. Ambil Rehat Teratur Dan Secukupnya

Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin, ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif. Jika anda berlatih untuk maraton, anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari. Begitu juga, kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang, seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu.

Semua orang berbeza, jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda. Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi, mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari. Atau, jika anda lebih produktif pada waktu malam, ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang.

Cuba jangan merasa bersalah kerana sedang menikmati cahaya matahari dan bukannya membongkokkan diri dengan nota anda. Ingat Vitamin D adalah penting untuk otak yang sihat.

Dapatkan Tip seterusnya disini….    Soalan Model Pendidikan Moral PT3 - Set 2 5