
Himpunan Soalan Percubaan UPSR Matematik 2017 adalah sebahagian koleksi soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh Gurubesar.my.
Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersistematik.
Skema dari proses jalan kerja dan format modul adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah GuruBesar.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.
Sebar luaskan Himpunan Soalan Percubaan UPSR Matematik 2017 ini di telegram, facebook dan whatsapp….. semoga ianya bermanafaat
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.
Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
2. Ambil Rehat Teratur Dan Secukupnya
Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin, ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif. Jika anda berlatih untuk maraton, anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari. Begitu juga, kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang, seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu.
Semua orang berbeza, jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda. Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi, mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari. Atau, jika anda lebih produktif pada waktu malam, ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang.
Cuba jangan merasa bersalah kerana sedang menikmati cahaya matahari dan bukannya membongkokkan diri dengan nota anda. Ingat Vitamin D adalah penting untuk otak yang sihat……