Home Aktiviti Persekolahan Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21

Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21

778
0
Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21
Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21 adalah himpunan 45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21

45 STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
1. Match Mine
·  Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
·  Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·  Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·  Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ). Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang  disampaikan olehPelajar 1
· Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
· Kemudian kedua-duanya tukar peranan
2. Inside-Outside Circle
~ Cari pasangan
~ Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan
~ Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
~ Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
~ Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
~ Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
~ Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan
3. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir – gilir
· Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
· Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
· Pelajar 3 :  jawab soalan
· Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi
4. Same Different
· 2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
· Kemudian mereka bandingkan jawapan
· Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan
5. Rally Robin
· Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan
6. Round Robin
· Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat
7. Rally Table
·  Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama
8. Round Table
· Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat
9. Simultaneous Round Table
· Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
· Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.
10. Spin-N-Think
· Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji
11. Talking Chips
· Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat
· Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang
12. Jigsaw Problem Solving
·Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.
13. Mix-N-Match
· Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya
14. Trade-A-Problem
· Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian
15. Team Stand-N-Share
· Ahli pasukan berdiri
· Guru/rakan lain memberi soalan
· Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain
16. Find the Fib/Guess the Fib
·Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
· Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah
17. Line Ups
· Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
· Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
· Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju
18. Formations
· Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan
19. Window Pane
·Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
·Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut
20. Showdown
·Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
· Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan
21. Lyrical Lessons
· Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak
22.Timed Pair Share
· Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2
· Kemudian tukar peranan
23. Stir- the- Class
· Pasukan duduk dalam bulatan
· Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
· Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan
·Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya
24. Team Word-Web
·Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka
25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu
·Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
·Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni
26. Paraphrase Passport
· Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya
27. Mix-Freeze Group
· Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
·Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”
28. Think-Pair-Share
· Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan
·Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah
29. Roam the Room
· Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
· Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain
30. Gallery Tour
· Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
· Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
· Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
· Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula
·Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi
31. Three Stray, One Stay
·Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya
· Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
· Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.
32. Rotating  Review
· Pasukan bincang topic
· Buat carta/pengurusan grafik
·Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu
· Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
· Begitulah seterusnya
33.The Yarn Yarn
· Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
· Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea
34. Kinesthetic Symbols
· Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran
35. Team Statements
· Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
· Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua
36. Who am I ?
· Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
· Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.
· Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
· Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya
37. Sages Share
· Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka
· Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya
38. Traveling File
· Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan
· Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain
· Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
· Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.
39. Team Interview
· Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)
40. Team Project
· Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan
41. Value Lines
· Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
· Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka
42.  Find-Someone-Who
· Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu
43. Rotating Review
· Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
· Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan
· Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza
44. Three-Step Interview
· Empat orang pelajar dalam satu pasukan
· Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga
· Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
· Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain
45.  Two-Box Induction
· Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
· Fasilitator beri ransangan
· Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
· Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

JIKA ANDA INGIN DOWNLOAD NOTA :

Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21

Related Post:

Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21
Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21

Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21 2