Home Aktiviti Persekolahan Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21

796
0
Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21
Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21, Definisi  Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 merujuk kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Bernet Berry (2011) menjelaskan pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis (penyatuan/penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Mereka (murid) diharap dapat mencipta, berkomunikasi, bekerjasama serta celik digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.
Murid perlu disediakan dengan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan yang terdedah kepada pelbagai interpretasi dan kontroversi yang mencabar pemikiran individu. Semua mata pelajaran perlu menekankan ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21 termasuklah mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21

1. Hasil pendidikan abad 21 adalah seperti yang berikut.

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21


2. Perbandingan Ciri Pengajaran dan Pembelajaran Abad 20 dan Abad 21
Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21

 3. Banding Beza Ciri-Ciri Kelas
a) Kelas Tradisional
  1. Susunan kerusi meja adalah rigid dan mengikut baris demi baris Interaksi guru-murid hanya boleh dilakukan sehala
  2. Menggunakan kaedah syarahan dan kaedah secara kelas
  3. Penglibatan murid dalam aktiviti PdP amat kurang
  4. Potensi JERI+S sukar untuk dikembangkan
b) Kelas Futuristik
  1. Mempunyai ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran
  2. Persekitaran bilik darjah yang positif supaya murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
  3. Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
  4. Kemudahan TMK

4. Contoh Bilik Darjah Pendidikan Abad 21
Konsep bilik darjah abad 21 yang akan dibangunkan adalah dengan:-
~ Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna
~ Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 1

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 2

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 3

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 4

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 5

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 6

Fizikal bilik darjah abad 21 yang dicadangkan ialah:
  1. Murid duduk dalam kumpulan (empat hingga enam orang).
  2. Sudut OPEM dan Kriteria Kejayaan di papan tulis.
  3. Sudut Parking Lot
  4. Sudut hasil kerja murid
  5. Sudut maklumat
  6. Ruang santai

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 7

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 8

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 9Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 10

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 11Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 12


5. Elemen Pendidikan Abad 21
Terdapat beberapa elemen dalam kemahiran abad 21 seperti yang berikut.
  • Kreatif dan inovatif
  • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
  • Komunikasi dan kolaborasi
  • Literasi maklumat
  • Literasi teknologi maklumat dan komunikasi
  • Fleksibiliti dan keupayaan menyesuaikan diri
  • Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
  • Kemahiran sosial dan antara budaya
  • Produktiviti dan akauntabiliti
  • Kepimpinan dan tanggungjawab

6. Ciri-ciri Guru Abad 21
Dalam abad 21, banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad  21 amat mencabar. Guru-guru untuk abad  21 memerlukan beberapa ciri tertentu seperti berikut:
1. Guru perlu menguasai subjek iaitu penguasaan kandungan kurikulum.
2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
3. Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi murid.
4. Memahami psikologi pembelajaran iaitu “Cognitive Psychology”.
5. Memiliki kemahiran kaunseling.
6. Menggunakan teknologi terkini tidak kira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar sesi tersebut.

7. Ciri-ciri Murid Abad 21
  1. Berupaya menghubung kait pelajaran dengan keadaan sekeliling.
  2. Bijak menyoal guru ketika berada di dalam bilik darjah.
  3. Yakin untuk berkomunikasi.
  4. Berani untuk mengambil risiko untuk belajar dan membuat kerja yang diberikan oleh guru dan juga berani mencuba.
  5. Dahagakan ilmu dan sentiasa ingin untuk menimba ilmu.
  6. Mempunyai perasaan ingin tahu.
  7. Bijak dan kreatif menjana idea serta fleksibel.
  8. Tidak pernah berputus asa.
  9. Sentiasa mendengar dan membuat refleksi
  10. Berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi.
  11. Mampu berfikir sendiri dan membuat inisiatif.
  12. Mampu bekerja dengan orang lain dan membuat perubahan.
  13. Mempunyai keperibadian yang tinggi serta berintegriti di dalam mahupun di luar bilik darjah.

8. Kemahiran Alaf 21 enGauge Skills
Pandangan tentang kemahiran-kemahiran alaf 21 daripada perspektif enGauge Skills (NCREL & Metiri Group 2003) boleh dikongsi bersama-sama dan empat komponen kemahiran alaf 21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid. Guru-guru boleh memberikan penekanan kepada kemahiran alaf 21 yang diketengahkan. Kemahiran alaf 21 enGauge Skills digambarkan seperti rajah yang berikut;
Kemahiran Alaf 21 dilandaskan kepada Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan yang menuntut sistem pendidikan kita untuk menyediakan sumber manusia berkualiti dan cemerlang. Antara ciri pendidik yang berkualiti ialah:
  • kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),
  • kekuatan minda,
  • menguasai subjek / kepakaran dalam sesuatu bidang (subject matter expert)
  • mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), dan
  • menggunakan teknologi maklumat terkini.

9. Peranan Guru dalam Pembelajaran Abad 21
1. Bina persekitaran pembelajaran kondusif yang konstruktif.
2. Merangsang pemikiran kritis secara  latih amal (hands-on) & latih minda (minds-on).
3. Menggalak pembelajaran aktif pelajar secara koperatif dan kolaboratif.
4. Menggalak kreativiti & inovasi pelajar berbantukan TMK.
5.Menyerap inovasi dalam PdP berbantukan TMK.
6. Memberi maklum balas dan penilaian secara berkesan dan berterusan.

10. Kemahiran Pengajaran Abad 21
PdP alaf 21 juga mengambil kira kemahiran yang dicadangkan oleh The Partnerships 21st Century Skills (2008) untuk memupuk kemahiran generik dalam kalangan murid. Kepekaan guru-guru terhadap kemahiran ini amat penting bagi memastikan semua kemahiran dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai adalah seperti berikut;
  1. Kemahiran mengubah suai dan bertanggungjawab.
  2. Mengamalkan sifat bertanggungjawab, fleksibel dan toleransi
  3. Kemahiran berkomunikasi
  4. Mahir menggunakan alat-alat telekomunikasi.
  5. Kemahiran kreativiti dan sifat ingin tahu yang kuat
  6. Dapat menjana, melaksanakan dan menyampaikan idea baharu
  7. Bersikap terbuka dan sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain.
  8. Kemahiran berfikir secara sistematik dan kritikal
  9. Berkebolehan menganalisis dan membuat hubung kait fakta yang diberikan.
  10. Kemahiran literasi media dan informasi.
  11. Berkebolehan mengakses maklumat, menganalisis, mengurus, menilai dan mengintegrasikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai media.
  12. Kemahiran interpersonal dan kerjasama. mempunyai sifat  kepimpinan, dapat mengadaptasi dan bekerja dengan produktif di samping itu mengamalkan sikap empati dan menghormati kelainan pendapat.
  13. Kemahiran mengenal pasti masalah dan penyelesaiannya.
  14. Kebolehan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.
  15. Kemahiran pengurusan kendiri, iaitu mengawasi dan menilai keperluan kendiri serta mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan.
  16. Kemahiran tanggungjawab sosial
  17. Mengambil kira kepentingan masyarakat, beretika di sekolah dan dalam masyarakat.

11. Pedagogi Abad 21
Guru-guru dalam perkembangan profesionnya harus menguasai kemahiran pedagogi yang seiring dengan trend perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang terus berkembang. Pembangunan profesionalisme perlu ke arah pembinaan pengetahuan dan kemahiran Pedagogi Abad 21 dengan menjadikan diri sebagai guru yang resourceful seperti yang dirumuskan dalam rajah yang berikut;

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 13


12.  Amalan Pengurusan dalam PdP Abad 21
a) Komunikasi Isyarat (The Quiet Signal)

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 14

b) Papan Putih Mini
Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 15c) Program ‘Bintang’

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 16

13. Prinsip Pembelajaran Abad 21

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 17

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 18

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 19

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 20

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 21

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 22

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 23

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 24

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 25

Related Post:

Himpunan Teknik Pembelajaran Abad 21
Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21

Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 26


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Panduan Lengkap Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21 27