Home Artikel Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024

Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024

354
0
Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024
Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024, Pemohon lepasan SPM 2022 boleh mengemaskini pilihan program pengajianyang LAYAK berdasarkan keputusan SPM 2022 bermula 11 Jun 2023 jam 12.00 tengah hari sehingga 13 Jun 2023 jam 5.00 petang. Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua calon.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024

Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024

Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.
Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.
Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.
Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.
Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.
Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.
Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Cara Kemaskini UPUOnline

Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024 1

1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/
2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
3. Log masuk seperti biasa.
4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Maklumat Lanjut

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi UPUOnline :~
  •  TikTok : @bkpaupu
  •  Facebook : kemasukan bkpa jpt
  •  Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  •  Instagram : @kemasukanbkpa
  •  YouTube : bkpaUPU
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi pihak UPUOnline melalui:-
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200
FAKS            : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL     : [email protected]

Sila layari laman web rasmi BKPA :
https://upu.mohe.gov.my/


Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024 2


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Kemaskini Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024 3