Home Artikel Apa Itu Program Asasi TVET?

Apa Itu Program Asasi TVET?

572
0
Apa Itu Program Asasi TVET?
Apa Itu Program Asasi TVET?, dalam pada peningkatan FDI dan kerancakan perindustrian di negara ini, permintaan tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan berkenaan teknikal turut seiring mendapat perhatian daripada pemain industri Kerajaan telah memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam memenuhi keperluan industriyang memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam bidang-bidang tertentu khususnya bidang teknikal dan kemahiran.
Penawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Apa Itu Program Asasi TVET?. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Apa Itu Program Asasi TVET?

Apa Itu Program Asasi TVET?
Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan  pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.
Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.
Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.
Kelebihan/Keunikan Program Asasi TVET
Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu:

Apa Itu Program Asasi TVET?

Apa Itu Program Asasi TVET?

Syarat Kemasukan
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
  5. SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
BIDANG PENGGAJIAN PROGRAM ASASI TVET
Pembangunan kurikulum bagi program adalah dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Berikut adalah merupakan bidang proram asasi yang tersedia bagi politeknik yang terlibat iaitu:
  • PTSS: Elektrik & Elektronik
  • PTSN: Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • PMM: Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
  • POLISAS: Teknologi Kejuruteraan Awam
  • PUO: Elektrik & Elektronik , Teknologi Kejuruteraan Mekanikal/Awam
CARA PERMOHONAN PROGRAM ASASI TVET
Kepada pelajar yang berkelayakan dan berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:
  1. Layari pautan permohonan: https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login.
  2. Pada paparan utama klik pada Daftar Akaun, ikuti proses pendaftaran sehingga selesai
  3. Kemudian log masuk dengan menggunalan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap.
  5. Semak kembalik maklumat anda, sekiranya betul klik pada Sah & Hantar untuk menghantar permohonan.
  6. Cetak Slip permohonan sebagai rujukani.

Apa Itu Program Asasi TVET? 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Apa Itu Program Asasi TVET? 2