Home Soalan PT3 Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Usul Al-Din Mulai 2019

Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Usul Al-Din Mulai 2019

843
0

Di sini Admin menyediakan Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Usul Al-Din Mulai 2019 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) khusus untuk menyediakan pelajar dengan format PT3 yang baru dan juga kepada guru-guru yang terlibat mengendalikan dan menyediakan soalan item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Mulai tahun 2020, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan soalan item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kuasa berkenaan membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan. Pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.



Related Post :-

Selain Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Usul Al-Din Mulai 2019….Anda juga mungkin berminat dengan

SILA KLIK…..


Artikel Pilihan : –

Format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 Baharu

Format baharu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini memperkenalkan semula soalan objektif bagi semua mata pelajaran membabitkan objektif aneka pilihan (OAP) dan juga objektif pelbagai bentuk (OPB).

PT3 yang diperkenalkan pada tahun 2014 membuka lembaran baharu apabila tiada lagi soalan objektif dalam ujian bertulis bagi semua mata pelajaran, sebaliknya menampilkan soalan subjektif 100 peratus.

Bagaimanapun, berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan yang dikeluarkan hujung tahun lalu, Format Instrumen PT3 yang bakal dilaksanakan mulai tahun ini menunjukkan soalan objektif kembali diuji dalam pentaksiran menengah rendah.

Perubahan yang selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) itu turut merangkumi dua mata pelajaran yang kembali diperkenalkan dalam bentuk ujian bertulis iaitu Sejarah dan Geografi.

Sebelum ini kedua-dua mata pelajaran itu hanya diuji 100 peratus berdasarkan kerja kursus, namun Format Instrumen PT3 yang diedarkan barubaru ini, menunjukkan Sejarah dan Geografi akan turut diuji secara peperiksaan bertulis yang membawa markah 80 peratus, manakala kerja kursus sebanyak 20 peratus.

Satu lagi perubahan ketara ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) yang kini dikenali sebagai Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) akan dinilai menerusi ujian bertulis merangkumi OAP, OPB, subjektif respons terbuka, subjektif respons terhad dan subjektif berstruktur yang membawa markah 70 peratus, manakala kerja kursus berdasarkan amali atau projek sebanyak 30 peratus.

Click untuk bacaan seterusnya disini….