Home Soalan PT3 Himpunan Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Mulai 2019

Himpunan Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Mulai 2019

12622
0

Di sini Admin menyediakan Himpunan Item Contoh PT3 2019 – Format PT3 Mulai 2019 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) khusus untuk menyediakan pelajar dengan format PT3 yang baru dan juga kepada guru-guru yang terlibat mengendalikan dan menyediakan soalan item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Mulai tahun 2020, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan soalan item Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Kuasa berkenaan membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan. Pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.

DAPATKAN Himpunan Item Contoh PT3 2019 “ DISINI

PERKARA

ITEM CONTOH PT3 2019

 

SILA CLICK SEBELAH UNTUK MENDAPATKAN

 

HIMPUNAN ITEM CONTOH PT3 2019


Himpunan Item Contoh PT3 2019 - Format PT3 Mulai 2019 1


Format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2019 Baharu

Himpunan Item Contoh PT3 2019 - Format PT3 Mulai 2019 2Format baharu Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini memperkenalkan semula soalan objektif bagi semua mata pelajaran membabitkan objektif aneka pilihan (OAP) dan juga objektif pelbagai bentuk (OPB).

PT3 yang diperkenalkan pada tahun 2014 membuka lembaran baharu apabila tiada lagi soalan objektif dalam ujian bertulis bagi semua mata pelajaran, sebaliknya menampilkan soalan subjektif 100 peratus.

Bagaimanapun, berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan yang dikeluarkan hujung tahun lalu, Format Instrumen PT3 yang bakal dilaksanakan mulai tahun ini menunjukkan soalan objektif kembali diuji dalam pentaksiran menengah rendah.

Perubahan yang selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) itu turut merangkumi dua mata pelajaran yang kembali diperkenalkan dalam bentuk ujian bertulis iaitu Sejarah dan Geografi.

Sebelum ini kedua-dua mata pelajaran itu hanya diuji 100 peratus berdasarkan kerja kursus, namun Format Instrumen PT3 yang diedarkan barubaru ini, menunjukkan Sejarah dan Geografi akan turut diuji secara peperiksaan bertulis yang membawa markah 80 peratus, manakala kerja kursus sebanyak 20 peratus.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    Himpunan Item Contoh PT3 2019 - Format PT3 Mulai 2019 3