Home UPKK Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2020

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2020

734
0

Disini disediakan Jadual Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)  ……

UPKK yang diperkenalkan sejak tahun 1994 ujian ini bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap penguasaan kanak-kanak berkenaan dalam menghayati Al-Quran dan Fardu Ain. Pada tahun 2009 telah ditukar kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sehingga sekarang.

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2020 5

Muat Turun: Jadual Peperiksaan UPKK 2020


Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2020 6


UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)

1.0 MATLAMAT

Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

2.0 BIDANG-BIDANG YANG DINILAI

2.1       Al-Quran.

2.2       Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat ).

2.3       Sirah

2.4       Adab (Akhlak Islamiyah )

2.5       Jawi dan Khat

2.6       Asas Lughatul Quran

2.7       Penghayatan Cara Hidup Islam.

2.8       Amali Solat

3.0 BENTUK PENILAIAN

3.1       Bentuk Lisan                              :   Al-Quran

3.2       Bentuk Amali                             :   Amali Solat

3.3       Bentuk Lisan & Pemerhatian  :  Penghayatan Cara Hidup Islam

3.4       Bentuk Penulisan                       :  1. Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )

2. Sirah

3. Adab (Akhlak Islamiyah)

4. Jawi dan Khat

5. Asas Lughatul Quran

4.0 PENDAFTARAN KEMASUKAN UPKK

4.1         Murid-murid dikehendaki mengisi borang pendaftaran kemasukan UPKK yang ditetapkan.

4.2         Pendaftaran lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan akan ditolak.

 5.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

5.1       Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.

5.2       Mengikut Kurikulum KAFA.

5.3       Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).

5.4       Berdaftar untuk menduduki UPKK.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

6.1       Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).

6.2       Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

7.0 PUSAT UPKK

7.1   Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan  Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.

7.2   Bagi penilaian bertulis (Rujuk 3.4 ) hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

8.0 PENGENDALIAN PENILAIAN

8.1 Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak  pelaksana KAFA Negeri.

8.2 Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang  dinilai.

8.3  Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan.

8.4   Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

9.0  PENGGREDAN

9.1   Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :

2A (Tahap Cemerlang) 80-100
3B (Tahap Baik) 60-79
4C (Tahap Memuaskan) 40-59
5D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39

* * Tertakluk kepada sebarang perubahan

10.  SIJIL

10.1 Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dikeluarkan oleh JAKIM

10.2 Sijil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai

10.3 Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan sijil, ianya tidak diganti dan dicetak semula. Surat akuan memperakui keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi maksud penggantian sijil peperiksaan atau penyataan keputusan yang hilang atau rosak


KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN
PELAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2018
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memperkenalkan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) semenjak pada tahun 1994.
2. Ujian ini dilaksanakan pada kanak-kanak Islam yang berada pada tahun 5 sekolah KAFA, bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap penguasaan kanak-kanak tersebut dalam menghayati Al-Quran dan Fardu Ain.
3. Selama tempoh tersebut, pengurusan UPKK dilaksanakan secara manual dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Setelah 24 tahun pelaksanaannya, mulai tahun 2016 Jakim telah memperkenalkan pengurusan UPKK secara dalam talian sepenuhnya menggunakan platform Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Version 2.0.
4. Pengurusan peperiksaan UPKK menggunapakai Standard Of Procedure iaitu Manual Prosedur Pengurusan UPKK 2014. Manual tersebut menjelaskan syarat-syarat kelayakan calon UPKK adalah seperti berikut:-
 (a) Warganegara
(b) Belajar di kelas KAFA dan mengikuti Kurikulum KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun
(c) Murid tahun 5 dalam kelas KAFA
(d) Berdaftar untuk menduduki sebagai calon UPKK
5. Manakala mekanisma penyelarasan pengurusan UPKK di antara Jakim dan Agensi Bertanggungjawab berdasarkan Jadual Pengurusan Pelaksanaan UPKK 2018 yang menetapkan tempoh dan tindakan setiap agensi yang perlu dipatuhi bersama.
6. Pada tahun ini, Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) akan diadakan pada 1 hingga 4 Oktober 2018 di seluruh Malaysia. Jumlah calon yang akan menduduki ujian tersebut adalah seramai 220,076 orang melibatkan 5,904 buah pusat peperiksaan di seluruh Malaysia.
7. Sehubungan itu, saya mengucapkan “Selamat Menduduki UPKK 2018” kepada calon-calon UPKK di seluruh Malaysia.
Sekian
DATUK HAJI MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Muharram 1440H
30 September 2018M