Home Artikel Skema Soalan Percubaan UPKK 2018

Skema Soalan Percubaan UPKK 2018

3172
0
Skema Soalan Percubaan UPKK 2018

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)…  Matlamat utama UPKK ialah untuk Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Skema Jawapan Soalan Percubaan UPKK 2018 ialah himpunan skema jawapan untuk percubaan UPKK 2018. Di sini juga disediakan soalan percubaan UPKK dari negeri-negeri seluruh Malaysia.

Di harap dengan adanya perkongsian ini akan membangkitkan lagi komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada murid-murid dan tenaga pengajar untuk melakukan persediaan awal peperiksaan seperti mengadakan kelas intensif tambahan dan latihan menjawab soalan. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar khususnya kepada guru-guru dalam menyediakan diri bagi ujian UPKK yang bakal menjelang.



SILA MUAT TURUN

Skema Jawapan Soalan Peperiksaan Percubaan UPKK 2018


 SKEMA JAWAPAN SOALAN PERCUBAAN UPKK 2018

 

 SILA CLICK SEBELAH UNTUK
MENDAPATKAN

 

SKEMA JAWAPAN YANG SESUAI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MUAT TURUN  : Skema Soalan Percubaan UPKK 2017

# Selain bidang-bidang di atas pelajar-pelajar juga akan dinilai dengan

Bentuk Lisan                               :    Al-Quran

Bentuk Amali                              :     Amali Solat

Bentuk Lisan & Pemerhatian  :      Penghayatan Cara Hidup Islam

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

TARIKH PELAKSANAAN

  • Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).
  • Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.

PUSAT UPKK

  • Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan  Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
  • Bagi penilaian bertulis hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.

PENGENDALIAN PENILAIAN

  • Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak  pelaksana KAFA Negeri.
  • Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang  dinilai.
  • Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.

PENGGREDAN

  • Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :
2A (Tahap Cemerlang) 80-100
3B (Tahap Baik) 60-79
4C (Tahap Memuaskan) 40-59
5D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39

* * Tertakluk kepada sebarang perubahan

SIJIL

Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai