SSO Single Sign On Kementerian Pendidikan Malaysia

0
32

Definisi SSO

SSO Single sign on Kementerian Pelajaran Malaysia ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini , seseorang pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk berasingan untuk setiap sistem

Login URL SSO KPM

URL untuk SSO KPM ialah: https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php

Cara Pendaftaran Untuk Kali Pertama & Login SSO KPM

Sistem eMIS

1. Log masuk ke dalam sistem eMIS menggunakan LoginID dan Kata laluan.
2. Untuk pendaftaran SSO KPM kali pertama, klik Daftar SSO KPM.
sso kpm 1

3. Klik Daftar SSO KPM sekarang.
sso kpm 2

4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.
sso kpm 3

Sistem APDM

1. Log masuk ke dalam sistem APDM menggunakan ID Pengguna dan Kata laluan.
2. Untuk pendaftaran SSO KPM kali pertama, klik Daftar SSO.
sso kpm 4

3. Klik Daftar SSO KPM sekarang.
sso kpm 5


 


4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.
sso kpm 6

Sistem eOperasi

Boleh ikuti tutorial kami cara login dan daftar Modul e-Operasi dengan lebih jelas disini : e-Operasi

1. Log masuk ke dalam sistem eOperasi menggunakan LoginID, Kata lalaun dan
No. KP.
2. Untuk pendaftaran SSO KPM kali pertama, klik Daftar SSO.
sso kpm 7

3. Klik Daftar SSO KPM sekarang.
sso kpm 8

4. Masukkan kata laluan dan e-mail anda. Kemudian Klik Daftar.
sso kpm 9

5. Seterusnya, pergi ke link https://sps1.moe.gov.my . Klik Log Masuk.
sso kpm 10

6. Masukkan No.KP dan kata laluan yang telah didaftarkan. Klik LOG MASUK.
sso kpm 11

Cara Mengakses Sistem

1. Klik MENU untuk paparan senarai sistem.
sso kpm 12

2. Klik Pengurusan Sekolah untuk akses ke sistem berkaitan dengan sekolah.
sso kpm 13

3. Senarai Pengurusan Sekolah akan dipaparkan.
sso kpm 14

4. Klik Pengurusan Guru untuk akses ke sistem berkaitan dengan guru.
sso kpm 15

5. Senarai sistem akan dipaparkan.
sso kpm 16

6. Klik Pengurusan Murid untuk akses ke sistem berkaitan dengan murid.
sso kpm 17

7. Senarai sistem akan dipaparkan.
sso kpm 18

8. Sekiranya pengguna mempunyai akses, pengguna boleh membuat capaian ke sistem berkenaan. Contohnya, untuk eOperasi, skrin akan tertera di bawah apabila pengguna akses ke sistem tersebut.
sso kpm 19

9. Sekiranya pengguna tiada akses, mesej “anda tiada akses/ sila hubungi pentadbir sistem / tiada rekod dalam sistem” akan dipaparkan.
sso kpm 20

HelpDesk SSO KPM

1. Pengguna boleh hantar emel kepada ssokpm@moe.gov.my atau mengisi borang laporan isu di https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
2. Pihak KPM akan berusaha untuk menangani isu yang dibangkitkan.

FAQ

1. Adakah pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan SSO KPM melalui
URL asal (laman utama) mereka?

Jawapan: Ya, pengguna masih boleh mengakses sistem yang terlibat dengan
menggunakan URL asal. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menikmati
semua kemudahan yang disediakan dalam SSO sekiranya mereka menggunakan
URL tersebut.

2. Adakah pengguna boleh mengakses lebih daripada satu sistem pada masa yang
sama tanpa melalui laman SSO KPM?

Jawapan: Ya, tetapi pengguna perlu memasukkan sekali lagi ID pengguna dan
password untuk log masuk ke sistem kedua dan seterusnya. Ciri SSO KPM tidak boleh
digunakan sekiranya pengguna tidak menggunakan laman SSO KPM untuk
mengakses sistem berlainan pada masa yang sama.

3. Adakah SSO KPM boleh digunakan oleh pengguna luar KPM yang mempunyai akses ke
sesuatu sistem?

Jawapan: Tidak. Pada masa kini, penggunaan SSO KPM hanya terhad kepada
pengguna KPM yang berdaftar dengan menggunakan No KP dalam sistem dan
sistem yang terlibat sahaja.

4. Bagaimanakah pengguna luar seperti ibu bapa dan wakil badan berkanun dapat
mengakses sistem terlibat?

Jawapan: Pengguna luar KPM boleh mengakses sistem melalui laman utama atau
URL asal sistem tersebut.

5. Adakah SSO akan terus dibangunkan untuk sistem KPM lain?
Jawapan: Ya. KPM akan membangunkan ciri SSO KPM untuk sistem lain yang akan
dikenalpasti dan makluman berkenaan perkara ini akan dibuat melalui laman SPS
dari semasa ke semasa.

6. Apakah pelan tindakan KPM untuk penambahbaikan SSO KPM?
Jawapan: KPM akan memantau isu dan masalah yang dilaporkan sepanjang
tempoh pelaksanaan versi beta dan membuat penambahbaikan mengikut keperluan
dari semasa ke semasa.

7. Bagaimanakah pengguna boleh berhubung dengan KPM sekiranya pengguna ingin
membuat aduan atau pertanyaan berkenaan penggunaan SSO KPM?

Jawapan: Sila rujuk ke bahagian Helpdesk SSO KPM di mukasurat 13.

LAMPIRAN A

Untuk Fasa 1 Pelaksanaan SSO KPM, sistem yang terlibat adalah seperti yang berikut:
sso kpm - Lampiran A