
Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
Untuk membudayakan dan memperkasakan bidang pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS Dibina bertujuan untuk dijadikan pengkalan data berasaskan laman web interaktif yang membabitkan seluruh sekolah di seluruh negara.
Ia adalah satu kaedah untuk guru menggunakan talian untuk memasukan keputusan peperiksaan pelajar setiap penggal serta kemudahan untuk ibubapa mendapat akses kepada prestasi anak-anak mereka.
1. SAPS Online Khas Login Untuk Guru
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Guru boleh dicapai melalui Portal NKRA :
2. SAPS Online Khas Login Untuk Ibubapa
SAPS adalah elemen yang membantu dalam menyediakan data prestasi peringkat sekolah. Ia adalah komponen kritikal membantu Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, guru besar dan pengetua untuk meletakan sasaran prestasi dan seterusnya membangunkan pelan tindakan. Pelaksanaan SAPS membolehkan pemindahan dan analisa data maklumat sekolah kepada kementerian dengan lebih cepat dan berkesan.
Pantau Prestasi Sekolah
Sebagai tambahan, SAPS membantu memantau perkembangan prestasi sekolah dengan lebih terperinci kerana ia adalah pengkalan data yang boleh dipantau di setiap peringkat, bermakna pihak sekolah boleh memantau data prestasi pelajar dari peringkat negeri terus ke peringkat kelas dan seterusnya peringkat individu.
Sistem berasaskan web juga membolehkan maklumat diakses bila-bila masa dan di mana saja selain maklumat yang dibekalkan adalah data semasa. Ibubapa boleh memantau prestasi anak mereka di sekolah di mana saja dengan melawat portal SAPS di http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa dengan hanya memasukkan nombor MyKad atau MyKid anak mereka.
Penutup
Semua guru mata pelajaran perlu mengisi dan mengemaskini markah dalam aplikasi SAPS selepas setiap peperiksaan dalaman termasuk peperiksaan percubaan yang dijalankan di sekolah. Sekiranya peperiksaan dalaman tidak dapat dijalankan atas sebab tertentu, maka perkara ini perlu dilaporkan ke PPD, JPN dan NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia.
SURAT SIARAN SAPS
Surat Siaran ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) pada 7 Jun 2011. Surat Siaran ini telah dikeluarkan kepada semua Pengarah Pelajaran Jabatan Negeri Malaysia.
Surat siaran ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman mengenai pelaksaan penggunaan modul SAPS kepada semua sekolah sebagai pelengkap kepada SIT untuk digunapakai oleh semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.
SURAT SIARAN SAPS YANG LENGKAP
GARIS PANDUAN Pelaksanaan SAPS
PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
DALAM TOOLKIT PEMBANGUNAN SEKOLAH
1.0 TUJUAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan tatacara pelaksanaan Program Pembangunan Sekolah dan penggunaan modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dalam Toolkit Pembangunan Sekolah (SIT)
GARIS PANDUAN Pelaksanaan SAPS
SENARAI MUAT TURUN
Manual SAPS Guru Mata Pelajaran
Gred Sekolah untuk SR, SMR, dan SMA
SURAT ARAHAN PENGEMASKINIAN APLIKASI
PENGKALAN DATA MURID

Berikut adalah jawapan untuk mengatasi masalah-masalah yang kerap dihadapi oleh guru ketika menggunakan aplikasi SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
1. Setiausaha Peperiksaan (SUP) gagal untuk Login
SUP perlu memastikan kata laluan yang digunakan adalah betul termasuk huruf yang digunakan (huruf besar/kecil).
2. Guru Matapelajaran / Guru Kelas gagal untuk Login
SUP akan menyemak kata laluan untuk guru matapelajaran ianya wujud atau tidak. SUP boleh memberikan ID dan kata laluan tersebut atau membuat reset kata laluan dan guru matapelajaran membina kata laluan yang baru.
3. Pertukaran status guru
i. Guru matapelajaran kepada SUP sekolah.
SUP lama boleh menukarkan status ini. Jika masih lagi status belum berubah, SUP baru perlu menghubungi HELPDESK SAPS untuk mengubah level dari guru mata pelajaran kepada SUP sekolah.
ii. Guru matapelajaran kepada guru kelas
SUP perlu menukar status guru matapelajaran kepada guru kelas. Sebelum itu guru mata pelajaran perlu didaftarkan sebagai guru kelas di dalam APDM. SUP perlu mengimport Data APDM. Senarai Kelas dan Guru Kelas untuk pengemaskinian guru kelas.
iii. Guru kelas kepada guru matapelajaran
SUP perlu menukar status guru kelas kepada guru matapelajaran
4. Pendaftaran guru matapelajaran yang baru
i) Guru matapelajaran boleh mendaftar sendiri melalui laman web SAPS
ii) Didaftarkan oleh SUP
3.0 PENGURUSAN GURU
3.1 Pertukaran Admin hanya boleh dilakukan oleh SUP Peperiksaan.
3.2 Guru mata pelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek
a). Guru matapelajaran perlu memaklumkan pada SUP sekolah untuk proses kemaskini.Setelah selesai proses kemaskini, SUP boleh mendapatkan gred dan kedudukan terkini. Untuk makluman, markah asal akan dipindahkan kepada subjek baru yang telah dipilih.
3.3 Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru
a) Guru kelas atau guru matapelajaran perlu memaklumkan perkara ini kepada SUP sekolah untuk SUP pindahkan guru kelas atau guru matapelajaran ke sekolah lain dalam SAPS.
Nota : Tidak perlu menghapuskan subjek guru berkenaan kerana guru mengambil alih
subjek bagi kelas tersebut boleh terus mendaftar subjek berkenaan.
3.4 Ambil Alih Subjek Guru Lain
a) Guru yang terbabit perlu mendaftar subjek yang diajar oleh guru yang telah berpindah dengan cara login sebagai guru matapelajaran
3.5 Nama murid sama di dua kelas berbeza
a). SUP perlu login ID mana-mana GMP murid terlibat dan klik butang ‘Simpan’ untuk markah yang telah diisi. Kemudian SUP akan sahkan dan proses balik untuk pengemaskinian lembaran markah yang betul dan nama pelajar tersebut akan dipaparkan pada kelas yang betul sahaja.
b)Saya dah berbuat demikian, tetapi masalah tersebut masih wujud?
SUP boleh menghubungi HELPDESK SAPS untuk membuat laporan mengenai masalah
tersebut.
3.6 Sekolah Belum Wujud Dalam SAPS
a) Pihak sekolah dikehendaki menghubungi sama ada pegawai perhubungan SAPS di JPN
atau pendaftaran sekolah berkenaan ke dalam SAPS. HELPDESK SAPS akan mendaftarkan kod sekolah untuk sekolah baru tersebut.
b) Data guru-guru dan pelajar-pelajar perlulah terlebih dahulu dikemaskini di portal APDM
oleh pihak sekolah. Setelah siap proses pengemaskinian di APDM, barulah SUP melakukan proses Import ke dalam SAPS.
4.0 SEMAKAN IBUBAPA
4.1 Nombor KP Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS
a) Ibubapa tersebut perlu menghubungi guru kelas anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut. Guru kelas hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, Guru Kelas perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkannya kepada SUP. SUP pula dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
b) SUP perlu menghubungi HELPDESK SAPS untuk memaklumkan penukaran nombor KP
pelajar tesebut.
4.2 Ejaan Nama Pelajar Salah
a) Guru Kelas perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM dan memaklumkan kepada SUP sekolah untuk Import semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.
5.0 PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/PMR
5.1 Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan
a) Pengesahan markah hanya dapat dipaparkan setelah semua guru matapelajaran subjek teras menyelesaikan pengisian markah.
b) Pengesahan SUP untuk Peperiksaan Percubaan UPSR?
Pengesahan markah hanya boleh dilakukan apabila status pengisian markah berwarna HIJAU, jika masih lagi MERAH pengesahan markah tidak dapat dilakukan. SUP perlu menyemak subjek teras yang belum diisi markah dan memaklumkan hal berkenaan kepada guru matapelajaran.
5.2 Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR
a) Berikut merupakan subjek-subjek Teras yang diambilkira dalam penilaian PMR .Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Kadazandusun, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup dan Kemahiran Hidup.
5.3 Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan
Subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Melayu Pemahaman, Matematik, Sains wajib diisi di dalam SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Namun begitu, jika Peperiksaan Percubaan UPSR turut diuji subjek bukan teras seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, bolehlah dimasukkan tetapi pengiraan GPS adalah berdasarkan subjek teras sahaja.
5.4 Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar
Guru matapelajaran perlu memastikan bilangan murid adalah tepat
Nota :
1. Bilangan pelajar (Bil Pel) perlu sama dengan bilangan markah (Bil M) supaya status markah berwarna HIJAU
2. Jika Bil Pel salah, GMP boleh mengubah bilangan pelajar seperti langkah di atas.
3. Jika Bil M lebih kecil dari Bil Pel, ini bermakna GMP tidak mengisi markah keseluruhan
pelajar. GMP perlu memeriksa semula agar pengisian dilakukan dengan sempurna.
Related Post :
- eOperasi Login Modul Pengurusan Guru
- SAPS Ibubapa 2020 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Login SGMY Sistem Guru Malaysia
- Login APDM eKehadiran
- Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online
- SSO Single Sign On Kementerian Pendidikan Malaysia
- Login PAJSK – KPM