Home SAPS SURAT SIARAN SAPS

SURAT SIARAN SAPS

587
0

Surat Siaran ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) pada 7 Jun 2011. Surat Siaran ini telah dikeluarkan kepada semua Pengarah Pelajaran Jabatan Negeri Malaysia.

Surat siaran ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman mengenai pelaksaan penggunaan modul SAPS kepada semua sekolah sebagai pelengkap kepada SIT untuk digunapakai oleh semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.

SURAT SIARAN SAPS


SURAT SIARAN YANG LENGKAP ADALAH SEPERTI DIBAWAH :-

PELAKSANAAN PENGUNAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) DALAM TOOLKIT PEMBANGUNAN SEKOLAH (SIT) BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN SEKOLAH DI BAWAH BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Adalah dimaklumkan dalam Mesyuarat Delivery Taskforce NKRA pendidikan yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 25 April 2011 telah memutuskan bahawa Toolkit Pembangunan Sekolah (SIT) dibuat penambahbaikan dengan memperkenalkan modul Sistem Analisis Peperiksaan untuk memantapkan sistem ini sebagai One-stop Data Center yang digunapakai di seluruh negara.

2. Surat siaran ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman mengenai pelaksaan penggunaan modul SAPS kepada semua sekolah sebagai pelengkap kepada SIT untuk digunapakai oleh semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memastikan pelaksanaan modul SAPS ini dapat mencapai matlamat yang dihasratkan, semua pihak yang berkaitan adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut dipatuhi :

      • Pegawai di JPN dan PPD perlu memastikan setiap sekolah AKUR dengan penggunaan          modul SAPS ini yang akan digunapakai sebagai SISTEM ANALISIS PRESTASI MURID UTAMA;
      • Semua guru mata pelajaran dan guru kelas WAJIB mengisi markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk Ujian Percubaan) ke dalam sistem secara atas talian mengikut tempoh-tempoh masa yang ditetapkan; dan
      • Setiausaha Peperiksaan setiap sekolah perlu MENGESAHKAN semua markah ujian untuk setiap kelas dan menganalisis markah-markah tersebut bagi tujuan perancangan pembangunan prestasi sekolah.

3. Bersama-sama Surat Siaran ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Modul SAPS seperti di Lampiran A

4. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada semua pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg Datuk / Dato’ / Datin/Tuan/Puan.

Sekian Terima Kasih

SURAT SIARAN SAPS 1