Home SAPS SURAT ARAHAN PENGEMASKINIAN APLIKASI PENGKALAN DATA MURID

SURAT ARAHAN PENGEMASKINIAN APLIKASI PENGKALAN DATA MURID

867
0

SURAT ARAHAN PENGEMASKINIAN APLIKASI
PENGKALAN DATA MURID

Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN PROFIL MURID PADA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID SECARA ATAS TALIAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina Aplikasi Pangkalan Data Murid yang mengambil kira profil murid dan penjaga. Pelaksanaan Pangkalan Data Murid ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pangkalan data utama bagi murid yang boleh diguna pakai oleh semua aplikasi di KPM

3.       YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dipohon mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada semua pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua sekolah di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk melaksanakan pengemaskiniaan data ini serta merta dan ianya hendaklah dibuat secara berterusan supaya data yang ada sentiasa kemaskini.

4.       Bagi tujuan ini, disertakan panduan am penggunaan aplikasi seperti di Lampiran A, manakala manual panduan pengguna serta dokumen berkaitan pengemaskinian data profil bolehlah dimuat turun pada laman aplikasi. Semua data murid ini perlu dikemaskini selewat-lewatnya pada 24 Febuari 2012.

5.       Kerjasama sekolah juga dipohon untuk mengemaskini enrolmen dan maklumat guru dalam EMIS Online sehingga diberitahu kelak.

Di atas perhatian dan tindakan segera pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih

Sekian,


SURAT ARAHAN PENGEMASKINIAN APLIKASI PENGKALAN DATA MURID 1