Home SAPS SAPS Ibubapa 2019 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Ibubapa 2019 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

1262
0
SAPS Ibubapa 2020

SAPS Ibubapa 2019 adalah Sistem atas talian ini menyediakan data berpusat bertujuanĀ memberi kemudahanĀ Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis sertaĀ mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Di bawah sistem SAPS, terdapat SAPS Semakan Ibubapa. Iaitu aplikasi online untuk menyemak keputusan pelajar.

Sistem yang dibangunkan khusus untuk menganalisis data peperiksaan setiap pelajar di sekolah. Ia adalah program dalam talian dan ia boleh diakses oleh mana-mana pihak seperti ibu bapa sendiri serta Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pelajaran Serantau di sekolah juga. SAPS Ibubapa 2019 ini cukup bermanfaat kepada ibu bapa dan ianya juga dapat diakses di mana saja (semua tempat yang ada capaian internet). Mereka boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan hanya pergi ke laman web, bukannya harus pergi ke sekolah anak-anak mereka. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan dibahagikan kepada dua bahagian,

i.Ā  Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
ii. SAPS IBUBAPA

Ibu bapa dapat mengetahui keputusan prestasi anak-anak mereka dalam masa nyata kerana sistem semakan SAPS memaparkan skor keputusan slip pelajar dan dengan cara ini ibu bapa dapat mengetahui dengan tepat di mana anak-anak mereka berdiri secara akademik.


SAPS Ibubapa 2019 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 1

PANDUAN PENGGUNAAN PORTAL Login SAPS Ibubapa 2019


Saps Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Rendah Menengah

Login SAPS NKRA Online

Untuk login ke dalam SAPS Ibubapa 2019, Ibubapa bolehlah klik pautan yang tertera di bawah ini.

LOGIN SAPS

Selepas login, masukkan ID dan kata laluan pada ruangan seperti gambar di bawah ini.

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LangkahĀ pertamaĀ adalahĀ Carian Murid dengan melengkapkan No KP atau Sijil LahirĀ (PastikanĀ memasukkanĀ No. KP atau Sijil Lahir yang betul) Seterusnya klik pada butang Cari

*SekiranyaĀ No. KP atau Sijil lahir yang dimasukkan itu ada dalam
pangkalan data Saps. Ibu bapa / Penjaga / Pelajar dibenarkan ke langkah kedua

LangkahĀ keduaĀ adalahĀ Carian Sekolah. Sila tetapkanĀ pilihan negeriĀ terlebihĀ dahulu, kemudianĀ klik pada butang CariĀ Di Sini.

SelepasĀ itu senarai namaĀ sekolah pelajar bagi pilihan negeri akan terpapar.Ā SeterusnyaĀ pilih nama sekolah yang berkenaan dan klik pada butangĀ Semak

Langkah 3Ā untuk Ibu Bapa
/ Penjaga / Pelajar membuat pilihan melakukan semakan keputusan peperiksaan.

SilaĀ pilih tahun dan jenis peperiksaanĀ kemudian klik butang Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

MASALAH YANG KERAP DIALAMI OLEH IBUBAPA KETIKA MENGAKSES PORTAL Login SAPS Semakan Ibu Bapa

  • Kemungkinan pengguna atau ibubapa akan mengalami gangguan capaian untuk mengakses Portal Login SAPS Ibubapa 2019 berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa yang sama (server tidak mampu menampung traffic yang terlalu tinggi).
  • Berlakunya proses pengemaskinian atau penyelanggaraan terhadap Portal Login SAPS Semakan Ibu Bapa.
  • Sekiranya No. KP atau Sijil Kelahiran tidak dapat mengakses sistem Login SAPS Semakan Ibu Bapa, ibubapa perlu meminta anak jagaan mereka (pelajar) menghubungi guru kelas bagi memaklumkan masalah tersebut.
  • Tindakan seterusnya akan dibuat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.
  • Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas.
  • Jika menghadapi situasi seperti diatas, diharap ibubapa bersabar dan melayari Portal SAPS pada waktu yang lain (perkara yang sama yang dilalui oleh guru-guru).

JADUAL TARIKH KEMASUKAN MARKAH OLEH GURU-GURU

Peperiksaan

Tahun / Tingkatan

TarikhĀ Mula

TarikhĀ Akhir

*Ujian Awal Tahun

Tahun 6/ TingkatanĀ 5

MacĀ 

AprilĀ 

PertengahanĀ Tahun

Tahun 6 / Tingkatan 5

MeiĀ 

JunĀ 

Percubaan

Tahun 6

Julai

Ogos

Percubaan

Tingkatan 5

September

Oktober

AkhirTahun

Tahun 5 / TingkatanĀ 4

November

November

* Tarikh sebenar peperiksaan adalah tertakluk kepada JPN, PPD dan sekolah masing-masing
TAFSIRAN DAN GRED PEMARKAHAN RASMI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan ibubapa:

1. GRED SEKOLAH RENDAH

JulatĀ Markah

Gred

Catatan

80-100

A

Cemerlang

65-79

B

Baik

50-64

C

Memuaskan

40-49

D

MencapaiĀ Tahap Minimum

0-39

E

BelumĀ Mencapai Tahap Minimum

TH

TH

TidakĀ Hadir

 

2. GRED MENENGAH RENDAH

JulatĀ Markah

Gred

Catatan

85-100

A

Cemerlang

70-84

B

Kepujian

60-69

C

Baik

50-59

D

Memuaskan

40-49

E

MencapaiĀ TahapĀ Minimum

00-39

F

BelumĀ Mencapai Tahap Minimum

TH

TH

TidakĀ Hadir

 

Ā 3. GRED MENENGAH ATAS

JulatĀ Markah

Gred

Catatan

90-100

A+

CemerlangĀ Tertinggi

80-89

A

CemerlangTinggi

70-79

A-

Cemerlang

65-69

B+

KepujianĀ Tertinggi

60-64

B

KepujianĀ Tinggi

55-59

C+

KepujianĀ Atas

50-54

C

Kepujian

45-49

D

Lulus Atas

40-44

E

Lulus

00-39

G

Gagal

TH

TH

TidakĀ Hadir

Kesimpulan

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem SAPS Ibubapa telah laksanakan dengan jayanya dan umumnya telah diterima baik oleh ibubapa dan guru. Sudah tentu ada sedikit kekurangan pada awal pelaksanaannya, dan ia akan mengambil masa untuk dilaksanakan dengan teliti tetapi pada masa ini ia sedang berjalan. Oleh itu, MOE, Kementerian Pendidikan sedang berusaha keras untuk menyelaraskan sistem ini di seluruh negara dan di semua sekolah supaya semua pelajar, guru dan ibubapa dapat mengambil manfaat daripada kaedah penggredan dan pemeriksaan terkini ini.

Semoga perkongsian ini membantu ibubapa lebih memahami tentang proses semakan keputusan pelajar secara online melalui SAPS.

Previous articleSoalan Latih Tubi Matematik Tahun 2
Next articleSoalan Percubaan UPSR Matematik Perlis 2018