SAPS Ibubapa 2020 adalah Sistem atas talian ini menyediakan data berpusat bertujuan memberi kemudahan Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis serta mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.
Di bawah sistem SAPS, terdapat SAPS Semakan Ibubapa. Iaitu aplikasi online untuk menyemak keputusan pelajar.
Sistem yang dibangunkan khusus untuk menganalisis data peperiksaan setiap pelajar di sekolah. Ia adalah program dalam talian dan ia boleh diakses oleh mana-mana pihak seperti ibu bapa sendiri serta Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pelajaran Serantau di sekolah juga. SAPS Ibubapa 2020 ini cukup memberi bermanfaat kepada ibu bapa dan ianya juga dapat diakses di mana saja (semua tempat yang ada capaian internet). Mereka boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan hanya pergi ke laman web, bukannya harus pergi ke sekolah anak-anak mereka. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang digunakan dibahagikan kepada dua bahagian,
i. Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
ii. SAPS IBUBAPA
Ibu bapa dapat mengetahui keputusan prestasi anak-anak mereka dalam masa nyata kerana sistem semakan SAPS memaparkan skor keputusan slip pelajar dan dengan cara ini ibu bapa dapat mengetahui dengan tepat di mana anak-anak mereka berdiri secara akademik.
Login SAPS NKRA Online
Untuk login ke dalam SAPS Ibubapa 2020, Ibubapa bolehlah klik pautan yang tertera di bawah ini.
LOGIN SAPS
Selepas login, masukkan ID dan kata laluan pada ruangan seperti gambar di bawah ini.
LANGKAH 1 |
LANGKAH 2 |
LANGKAH 3 |
Langkah pertama adalah Carian Murid dengan melengkapkan No KP atau Sijil Lahir (Pastikan memasukkan No. KP atau Sijil Lahir yang betul) Seterusnya klik pada butang Cari *Sekiranya No. KP atau Sijil lahir yang dimasukkan itu ada dalam |
Langkah kedua adalah Carian Sekolah. Sila tetapkan pilihan negeri terlebih dahulu, kemudian klik pada butang Cari Di Sini. Selepas itu senarai nama sekolah pelajar bagi pilihan negeri akan terpapar. Seterusnya pilih nama sekolah yang berkenaan dan klik pada butang Semak |
Langkah 3 untuk Ibu Bapa Sila pilih tahun dan jenis peperiksaan kemudian klik butang Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan. |
MASALAH YANG KERAP DIALAMI OLEH IBUBAPA KETIKA MENGAKSES PORTAL Login SAPS Semakan Ibu Bapa
1. Kemungkinan pengguna atau ibubapa akan mengalami gangguan capaian untuk mengakses Portal Login SAPS Ibubapa 2020 berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa yang sama (server tidak mampu menampung traffic yang terlalu tinggi).
2. Berlakunya proses pengemaskinian atau penyelanggaraan terhadap Portal Login SAPS Semakan Ibu Bapa
3. Sekiranya No. KP atau Sijil Kelahiran tidak dapat mengakses sistem Login SAPS Semakan Ibu Bapa, ibubapa perlu meminta anak jagaan mereka (pelajar) menghubungi guru kelas bagi memaklumkan masalah tersebut.
4. Tindakan seterusnya akan dibuat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah
5. Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas
6. Jika menghadapi situasi seperti diatas, diharap ibubapa bersabar dan melayari Portal SAPS pada waktu yang lain (perkara yang sama yang dilalui oleh guru-guru)
JADUAL TARIKH KEMASUKAN MARKAH OLEH GURU-GURU
Peperiksaan |
Tahun / Tingkatan |
Tarikh Mula |
Tarikh Akhir |
*Ujian Awal Tahun |
Tahun 6/ Tingkatan 5 |
Mac |
April |
Pertengahan Tahun |
Tahun 6 / Tingkatan 5 |
Mei |
Jun |
Percubaan |
Tahun 6 |
Julai |
Ogos |
Percubaan |
Tingkatan 5 |
September |
Oktober |
AkhirTahun |
Tahun 5 / Tingkatan 4 |
November |
November |