Home APDM Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online

3540
0

Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan aplikasi yang memfokuskan kepada sistem satu pangkalan data tunggal bagi murid-murid di seluruh negara yang bertujuan untuk mengurangkan beban tugas guru.

Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Aplikasi ini memberi peluang guru menyelesaikan masalah tugas dan tanggungjawab berat yang digalas oleh guru diselesaikan dan guru pula dapat memberi lebih tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.

APDM

Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang. Menerusi APDM, terdapat pelbagai modul seperti eDaftar Rendah, eDaftar Menengah, eKehadiran dan Permohonan ke Sekolah Kawalan dan Sekolah Berasrama Penuh.


Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online 1


Makluman Kepada Semua
PERHATIAN: Sekiranya maklumat murid tidak dipaparkan (kosong) atau mesej kelas belum ditetapkan, sila klik disini untuk bantuan
1. Surat Pengemaskinian Data Murid APDM dan e-OPERASI baharu!
2. Surat Pengemaskinian Maklumat Dalam Modul Pengurusan Murid baharu!
3. Proses Pengesahan Kelahiran JPN baharu!
4. Manual Pengguna tagging murid DLP baharu!
5. Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan eKehadiran Murid 
6. Panduan Kemaskini Maklumat Bukan Warga dan Warga Tanpa Dokumen
GURU |  ADMIN
7. Klik sini untuk melihat Surat Siaran KWAPM 2018
8. MANUAL APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online 2
9. MANUAL PENGGUNA SUB-MENU APDM Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online 2
10. SURAT SIARAN/MAKLUMAN APDM Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online 2
11. INFOGRAFIK APDM Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online 2
12. Muat turun ‘FAQ modul Pengurusan Murid (PM)’

 

PENUTUP

APDM adalah satu sistem pangkalan data tunggal untuk murid selari dengan hasrat
untuk mengurangkan beban tugas guru dan data bersepadu murid bagi kegunaan
sistem-sistem lain yang akan dibangunkan oleh Bahagian-Bahagian lain. Kejayaan
APDM bergantung penuh kepada komitmen dan sokongan dari semua pihak yang
berkepentingan. Perkongsian data dan maklumat yang telah dikunci masuk ini boleh
dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan pihak-pihak lain.


Surat Pengemaskinian Data Murid APDM dan e-OPERASI

Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasioanal

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam

Pengarah
Bahagian Sukan

Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas

Semua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk/Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN DATA MURID DAN PENETAPAN SUBJEK DAN ALIRAN DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) DAN e-OPERASI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) telah dibuka semula pada 27 Disember 2017 dan pihak sekolah diberikan tempoh bagi mengemaskini semua maklumat murid sehingga 15 Januari 2018. Selain daripada maklumat asas murid, proses pengemaskinian ini termasuk penetapan subjek dan aliran bagi murid dan kelas di dalam Sub Modul Penetapan Subjek.

3.    Penetapan subjek di dalam APDM ini dilakukan oleh Penolong Kanan 1 dan dibantu oleh Penolong Kanan Hem. Penolong Kanan 1 perlulah memastikan maklumat guru subjek telah dikemaskini di dalam e-OPERASI terlebih dulu. Guru kelas bertanggungjawab untuk membuat penetapan subjek utama dan pilihan bagi murid dan kelas mereka.

4.    Pegawai YBhg. Datuk/Tuan/Puan yang bertanggungjawab menjaga sistem e-OPERASI adalah dimohon untuk memastikan semua subjek yang ditawarkan di Bahagian dikemaskini dan ditagging mengikut sekolah yang telah ditetapkan. Proses ini sangat penting bagi memastikan semua subjek dapat ditagging oleh pihak sekolah dalam sistem e-OPERASI dan APDM.

5.    Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama YBhg. Datuk/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah di bawah kawalan YBhg. Datuk/Tuan/Puan supaya membuat penetapan subjek dan aliran bagi kelas dan murid sekaligus mengemaskini maklumat murid di dalam APDM.

6.    Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini, YBhg. Datuk/Tuan/Puan boleh menghubungi Cik Siti Rafidah binti Sariman di talian 03-88849425 dan Encik Azlin bin Sanip di talian 03-88849458 atau emel kepada [email protected].

Kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian


Surat Pengemaskinian Maklumat Dalam Modul Pengurusan Murid

Semua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM MODUL PENGURUSAN MURID (MPM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Modul Pengurusan Murid (MPM) merupakan satu pangkalan data tunnggal murid yang digunakan oelh semua aplikasi yang berasakan data murid. Data tersebut akan dijadikan sebagai repositori data murid di bawah Inisiatif #43 Pembangunan Repositori Data Pendidikan dan Perluasan Penggunaan Dashboard di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

3.    Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah memastikan semua maklimat dan data murid dikemaskini dengan melaksanakan tindakan seperti berikut:

  • Menyemak dan mengemaskini maklumat kelas mengikut aliran dan bidang seperti yang diluluskan dalam Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan;
  • Memastikan setiap maklumat di dalam medan-medan yang terdapat di dalam APDM bagi setiap muri dilangkapkan dan disahkan betul;
  • Memastikan status taraf kewarganegaraan, kaum, agama, nama dan jantina murid adalah tepat seperti tertera dalam dokumen murid yang telah disahkan (Mykad/Mykid atau sijil Lahir).
  • Mengemaskini maklumat Murid Bukan Warganegara dalam aspek pembayaran levi dan kebenaran belajar serta mengikut prosedur penyemakan status warganegara murid seperti dalam surat makluman Proses Pengesahan Maklumat Kelahiran bertarikh 8 Jun 2017;
  • Memastikan setiap maklumat ibu bapa dan penjaga telah dimasukan dan dikemaskini meliputi alamat rumah, nombor telefon, jumlah pendapatan, pekerjaan dan lain-lain;
  • Memastikan penetapan subjek utama, pilihan dan Dual Language Programme (DLP) yang diambil setiap murid dibuat berdasarkan guru subjek yang mengajar subjek berkenaan;
  • Melaksanakan pemindahan murid ke kelas yang sebenar setelah proses naik kelas automatik dilakukan oleh pihak KPM pada 21 – 27 Disember 2017 sekiranya muri telah berpindah kelas;
  • Memastikan bilangan enrolmen murid bagi setiap kelas adalah tepat dan betul setelah penetapan kelas dilakukan oleh pihak sekolah.

4.    Semua proses pengemaskinian ini perlu dilakukan sebelum 15 November 2017 bagi sesi persekolahan tahun 2017 dan kali kedua pada atau sebelum 15 Januari 2018 bagi sesi persekolahan 2018 setelah tahun persekolahan baharu bermula.

5.    Kegagalan pihak sekolah melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan data dan maklumat yang ada mengganggu penggunaan data oleh aplikasi-aplikasi lain terutamanya bagi proses pendaftaran peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian tingkatan 3 (PT3), permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh, permohonan ke Sekolah Kawalan dan lain-lain yang akan menggunakan sepenuhnya data murid ini.

6.    Bermula pada 1 September 2017, pegawai meja APDM di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) boleh menyemak dan mengemaskini status warganegara, kaum, agama dan nama murid dalam APDM. Semakan maklumat tersebut akan dibuat melalui sistem myIDENTITY, Jabatan Pendaftaran Negara.

7.    Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh menghubungi Cik Siti Rafidah binti Haji Sariman di talian 03-8884 94215 dan e-mel [email protected]. Kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan diminta memaklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah, Pengetua/Guru Besar dan guru-guru di bawah penradbiran YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan

Sekian, terima kasih.

Related Post :