Home PAJSK Login PAJSK – KPM

Login PAJSK – KPM

2987
0
Login PAJSK - KPM

Login PAJSK – KPM – PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

LOGIN PAJSK Online

 

Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum

 

MATLAMAT PAJSK
PAJSK menyediakan maklumat tentang tahap penyertaan, penglibatan, kemahiran, keupayaan, prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan
sepanjang persekolahan murid selaras dengan pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Login PAJSK - KPM 3


OBJEKTIF PAJSK
Objektif PAJSK adalah untuk:
  1. Menyediakan satu kaedah pentaksiran yang standard dan digunapakai di semua sekolah dalam mentaksir aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan.
  2. Menyediakan format instrumen yang standard untuk mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat, potensi, minat, sahsiah, dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan.
  3. Menilai dan mengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan mengikut standard prestasi yang ditetapkan dalam aktiviti yang dirancang di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
  4. Memberi skor kepada penglibatan, penyertaan, keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan di peringkat sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
  5. Menyediakan satu bentuk pelaporan di akhir tahun persekolahan terhadap aktiviti yang telah dijalankan oleh murid dalam bidang sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan untuk kegunaan peribadi, kerjaya dan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
  6. Menyediakan satu bank data bagi skor pencapaian PAJSK mengikut tahap-tahap perkembangan fizikal, sahsiah, keterlibatan, penyertaan dan komitmen setiap murid sepanjang tempoh persekolahannya dalam bidang sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan untuk tujuan mengesan perkembangan dan pencapaian murid bagi melengkapi aspek pentaksiran yang lain.
KELEBIHAN PAJSK BERBANDING AMALAN SEDIA ADA
  • 1. Maklumat PAJSK yang dikumpul dan didokumenkan akan diambilkira dalam keseluruhan prestasi keseluruhan pencapaian calon apabila SPPK dilaksanakan. Maklumat ini berguna untuk menilai dan mengukur tahap perkembangan murid (developmental growth) sepanjang berada di bangku sekolah, dan boleh diguna pakai untuk membantu memperkembangkan potensi murid ke tahap yang lebih tinggi.
  • Untuk murid yang bertukar sekolah, maklumat tentang penguasaan kemahiran murid boleh diketahui seawal mungkin oleh guru baru melalui Portfolio Murid yang dibawa ke sekolah baru. Ini membolehkan proses pengukuhan, pengkayaan dan pemulihan ke atas murid dilaksanakan lebih cepat dan mudah sekiranya perlu.
  • Untuk murid yang tidak hadir, sakit, belum menguasai sesuatu kemahiran tertentu atau belum bersedia untuk ditaksir (atau memerlukan pentaksiran ulangan), guru boleh mentaksir kemahiran tersebut pada masa-masa lain dengan menggunakan aktiviti berbeza yang mempunyai kemahiran yang sama.
Contoh: Kemahiran menggunting boleh ditaksir melalui aktiviti-aktiviti di kelas lukisan, jahitan, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya.
  • Untuk murid kes khas (murid kurang upaya/mempunyai penyakit kronik/penyakit luar biasa), PAJSK ditaksir dan dilapor mengikut kebolehan dan kemampuan murid tersebut.
Contoh: Kemahiran melompat murid kes khas ini tidak perlu diulang bagi mencapai penguasaan kemahiran seperti mana murid normal.
  • Untuk kemahiran jasmani yang tidak boleh ditaksir menggunakan Login PAJSK, pentaksiran boleh dilakukan menggunakan instrumen pentaksiran lain di bawah SPPK seperti Pentaksiran Sekolah atau Pentaksiran Psikometrik (di bawah komponen Pintar Jasmani).
Contoh: Kefahaman dan pengetahuan yang tidak bolehditunjukkan secara pergerakan fizikal atau perlakuan seperti minat, bakat, kesukaan dsb. boleh diuji secara bertulis atau lisan menggunakan pentaksiran yang lain selain PAJSK.

Related Post :