Home APDM Login APDM-eKehadiran

Login APDM-eKehadiran

1438
0

Login APDM-eKehadiran adalah salah satu inisiatif dari lima inisiatif yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban tugas guru, yang mula dilaksanakan pada Januari tahun 2019.

Inisiatif kedua yang digariskan adalah berkenaan pengurusan data dan sistem online yang akan dilakukan melalui dua intervensi, iaitu segala pengumpulan dan perolehan data sekolah, guru dan murid perlu diambil dari sumber data sedia ada dalam sistem-sistem yang diperaku oleh semua pihak di kementerian.

Intervensi ini melibatkan sistem kehadiran murid iaitu eKehadiran dalam talian digunakan sepenuhnya, yang bermakna guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid, manakala bagi sekolah yang tiada capaian internet, kehadiran murid boleh direkod secara manual dalam jadual kedatangan murid, katanya.

LOGIN : http://apdm.moe.gov.my


Login APDM-eKehadiran 1


Sistem Login APDM-eKehadiran

KPM dalam surat perkeliling iktisas terbaru pada 14 Januari 2019 mengeluarkan satu panduan pengurusan rekod sistem kehadiran murid di sekolah-sekolah KPM.

Mereka memutuskan untuk semua sekolah menggunakan sistem ini mulai 2019. Tiada lagi kaedah manual digunakan kecuali bagi sekolah yang tiada akses capaian Internet atau ketika sekolah mengalami gangguan Internet.

Guru kelas perlu merekod maklumat kehadiran menerusi aplikasi web APDM atau app menerusi peranti pintar. Dengan App boleh didapati menerusi App Store (iOS) dan Play Store (Android).

Kelebihan Login APDM-eKehadiran

  • Guru kelas boleh mengemaskini kehadiran murid di kelas pada setiap sesi persekolahan
  • Guru kelas boleh menyemak kehadiran murid yang telah dikemaskini berdasarkan pemilihan tarikh dan pada bila-bila masa
  • Guru kelas dapat memberi tumpuan terhadap kehadiran murid sahaja
  • Guru kelas hanya perlu login sekali sahaja dan dapat kekal aktif (penggunaannya sama seperti aplikasi facebook) iaitu guru hanya perlu login sekali sahaja dan aplikasinya akan tetap tersedia apabila setiap kali di buka (tidak perlu lagi login)
  • Penggunaanya sangat sesuai dengan paparan yang sesuai dengan App Android
  • Guru kelas boleh melihat semula semua rekod kehadiran kelas mereka yang sebelumnya.
  • Sangat mudah digunakan
  • Lebih berkesan dan pantas
  • Guru kelas boleh mengambil kehadiran murid pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja selagi ada talian internet
  • Menuju kearah ‘paperless’. Dapat mengurangkan penggunaan kertas.

Related Post :-

Kesimpulan

Aplikasi eKehadiran Murid dibangunkan untuk merekodkan kehadiran murid pada setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan lebih mudah dan pantas tanpa guru meninggalkan kelas. eKehadiran Murid boleh memberikan maklumat dengan lebih cepat, tepat, efisien, sistematik dan mesra pengguna.

Pihak KPM, JPN, PPD dan semua guru disekolah mengharapkan dengan wujudnya inisiatif ini, kecekapan dalam urusan pentadbiran di sekolah dapat dipertingkat dan hasrat mengurangkan beban guru dapat dipanjangkan menerusi penggunaan pelbagai inovasi dan teknologi.

Related Post :