Home SAPS Garis Panduan Pelaksanaan SAPS

Garis Panduan Pelaksanaan SAPS

697
0

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SAPS

PELAKSANAAN MODUL SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
DALAM TOOLKIT PEMBANGUNAN SEKOLAH

1.0 TUJUAN

Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan tatacara pelaksanaan Program Pembangunan Sekolah dan penggunaan modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dalam Toolkit Pembangunan Sekolah (SIT)

2.0 LATAR BELAKANG

  • Program Pembagunan Prestasi Sekolah (SIP) telah mula diperkenalkan kepada semua sekolah mulai Mac 2010. SIP ini mempunyai tiga elemen utama iaitu i) rangking sekolah, ii) Toolkit Pembangunan Sekolah (SIT) dan iii) khidmat sokongan dan bantuan yang akan diberikan berdasarkan keperluan setiap sekolah.
  • SIT ialah sistem pengumpulan data yang mengandungi 4 elemen utama yang terdiri i) maklumat dan keperluan Pengetua ii) maklumat murid dan ibu bapa serta prestasi murid berdasarkan prestasi kelas dalam peperiksaan awam, ujian dan peperiksaan dalaman, iii) maklumat asas dan prestasi guru yang diukur berdasarkan Elemen 9 dalam SKPM dan Standard Guru Malaysia (SGM); dan iv) maklumat infrastruktur sekolah. SIT merupakan satu sistem yang bersepadu yang mana data-data yang diperolehi akan dianalisis untuk membantu sekolah-sekolah meningkatkan prestasi sekolah masing-masing berdasarkan keperluan sekolah. Selain itu, maklumat ini akan digunakan bagi tujuan merancang dasar-dasar pendidikan negara.
3.0 PUNCA KUASA PENGGUNAAN MODUL SAPS
  • Mesyaurat Jawatankuasa Taskforce SIT Bil2/2010 pada 7 Oktober 2010..yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dasar dan Pembangunan Pendidikan telah bersetuju dan memutuskan supaya SIT ini perlu dimantapkan dengan memasukkan elemen tambahan iaitu prestasi setiap murid untuk setiap mata pelajaran, data displin murid dan dat awal, SIT telah diberi penambaha kokurikulum. Sehubungan itu, sebagai langkah awal, SIT telah diberi penambahbaikan dengan menggunakan modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) sebagai satu sistem pengurusan pentaksiran peperiksaan berasaskan sekolah secara atas talian dengan mengambilkira prestasi setiap murid untuk setiap mata pelajaran.
  • Penggunaan modul SAPS ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Professional KPM pada Mac 2010 dan Mesyuarat Pengurusan Profesional KPPM pada April 2011 untuk makluman dan persetujuan semua Ketua Bahagian dan Pengarah JPN. Sehubungan itu, Mesyuarat Delivery Taskforce (DTF) NKRA pada 25 April 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan bahawa Toolkit Pembangunan Sekolah (SIT) dibuat penambahbaikan dengan memperkenalkan modul Sistem Analisis Peperiksaan untuk memantapkan SIT sebagai “One-stop Data Center” yang digunapakai di seluruh negara.

4.0 TATACARA PELAKSANAAN

4.1 Peringkat Pelaksana
  •       Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Setiap JPN perlu menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi memantau dan menyelaraskan pelaksanaan SIP dan penggunaan modul SAPS yang dipengerusikan oleh Pengara Negeri atau Timbalan Pengarah Negeri. Pada perinkat JPN, sektor yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan SIP ini ialah i) Sektor Pengurusan Akademik, atau ii) Sektor Penilaian dan Peperiksaan dan iii) Sektor ICT. Seorang pegawai perlu dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan SIP di peringkat JPN.

  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

Pada peringkat PPD, unit yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan SIP dan penggunaan modul SAPS ialah i) Unit Pengurusan Akademik atau ii) Unit Penilaian dan Peperiksaan dan iii) Unit ICT

  • Sekolah
Pada peringkat sekolah Setiausaha Peperiksaan Dalaman, guru mata pelajaran dan guru kelas bertanggungjawab dalam pengisian data ke dalam modul SAPS

4.2 Peranan Pelaksana

4.2.1(a) Sektor Pengurusan Akademik/ Sektor Penilaian dan Peperiksaan

i. Memastikan semua sekolah memasukkan markah ujian/peperiksaan ke dalam
modul SAPS dalam tempoh masa yang ditetapkan
ii. Mengumpul dan menelaraskan markah peperiksaan dalaman
iii. Menganalisa data daripada modul SAPS.
iv. Menyebarluaskan data yang telah dianalisis kepada sektor-sektor lain di JPN
v. Bertindak sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah pengurusan
penggunaan SAPS

4.2.1(b) Sektor ICT

i. Memastikan modul SAPS sentiasa dapat diakses oleh sekolah-sekolah di bawah
JPN masing-masing
ii. Memastikan rangkaian di bawah tanggungjawab JPN berfungsi dengan baik
iii. Menyelesaikan masalah teknikal berkaitan penggunaan modul SAPS

4.2.2 Pejabat Pelajaran Daerah

i. Memastikan semua sekolah di PPD memasukkan markah ujian/peperiksaan ke dalam
modul SAPS dalam tempoh masa yang ditetapkan
ii. Mengumpul dan menyelaras markah peperiksaan dalaman setiap sekolah
iii. Menganalisis data setiap sekolah
iv. Memanjangkan analisis kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan untuk
tindakan selanjutnya
v. Bertindak sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah pengurusan penggunaan SAPS

4.2.3 Sekolah

4.2.3(a) Setiausaha Peperiksaan Dalaman
i. Mengurus pendaftaran profil sekolah, guru mata pelajaran, guru kelas danPengetua/Guru Besar di sekolah
ii. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru tingkatan memasukkanmarkah ke dalam modul SAPS mengikut tempoh masa yang ditetapkan
iii. Memastikan semua guru mata pelajaran dan guru tingkatan menganalisispencapaian murid untuk setiap ujian dan peperiksaan dalamaniv. Memastikan proses pengisian markah dilaksanakan dengan lancar

4.2.3(b) Guru Mata Pelajaran
i. Menguruskan pendaftaran dan mengemaskini mata pelajaran yang diajar
ii. Mengisi markah bagi mata pelajaran yang diajar bagi setiap kelas

4.2.3(c) Guru Kelas
i. Memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran
dan data pelajar bagi kelas di bawah jagaannya.

5.0 Carta Alir

MULA
 ↓
        Arahan pengisian daripada KPM melalui portal NKRA
      JPN (Sektor Pengurusan Akademik/Sektor Penilaian & Peperiksaan) memastikan PPD mengambilmaklum tentang tempoh masa pengisian SAPS
        PPD memantau setiap sekolah di daerah masing-masing mengsisi data ke dalam SAPS
    Setiausaha Peperiksaan di sekolah memastikan Guru Mata Pelajaran dan Guru Kelas mengisi semua data ke dalam SAPS
TAMAT
6.0 PENUTUP
      • 6.1 semua sekolah perlu mengisi Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) selepas setiap peperiksaan dalaman termasuk peperiksaan percubaan yang dijalankan. Sekiranya sekolah-sekolah tersebut tidak menjalankan peperiksaan dalaman atas sebab tertenyu, maka perkara ini perlu dimaklumkan kepada PPD, JPN dan Unik NKRA di Kementerian Pelajaran Malaysia
      • 6.2 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengisian modul SAPS ini, maka pihak JPN/PPD/sekolah boleh menghubungi Unit NKRA melalui talian 03-88846000 atau secara bertulis ke alamat berikut
        Unik NKRA Pendidikan
        Kementerian Pelajaran Malaysia
        Aras 4, BlokE8, Parcel E
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
        62604, Putrajaya
        Tel: 03-88846000
        Faks: 03-88721538

Garis Panduan Pelaksanaan SAPS 1