
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)… Matlamat utama UPKK ialah untuk Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Skema Jawapan Soalan Percubaan UPKK 2017 ialah himpunan skema jawapan untuk percubaan UPKK 2017. Di sini juga disediakan soalan percubaan UPKK dari negeri-negeri seluruh Malaysia.
Di harap dengan adanya perkongsian ini akan membangkitkan lagi komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada murid-murid dan tenaga pengajar untuk melakukan persediaan awal peperiksaan seperti mengadakan kelas intensif tambahan dan latihan menjawab soalan. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar khususnya kepada guru-guru dalam menyediakan diri bagi ujian UPKK yang bakal menjelang.
SILA MUAT TURUN
Skema Jawapan Soalan Peperiksaan Percubaan UPKK 2017
SKEMA JAWAPAN SOALAN PERCUBAAN UPKK 2017 |
|
SILA CLICK SEBELAH UNTUK
SKEMA JAWAPAN YANG SESUAI
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
# Selain bidang-bidang di atas pelajar-pelajar juga akan dinilai dengan
Bentuk Lisan : Al-Quran
Bentuk Amali : Amali Solat
Bentuk Lisan & Pemerhatian : Penghayatan Cara Hidup Islam
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mengikut Kurikulum KAFA.
- Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa ).
- Berdaftar untuk menduduki UPKK.
TARIKH PELAKSANAAN
- Pelaksanaan UPKK hendaklah dijalankan mengikut takwim penilaian (Ditentukan oleh JAKIM).
- Pelaksanaan yang tidak mengikut takwim dianggap batal.
PUSAT UPKK
- Bagi penilaian lisan , amali dan pemerhatian (Al-Quran, Amali Solat dan Pengahayatan Cara Hidup Islam) hendaklah dibuat di sekolah / kelas masing-masing.
- Bagi penilaian bertulis hendaklah dibuat di sekolah/kelas. Sekiranya tiada kemudahan hendaklah dibuat di pusat khas yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan Negeri.
PENGENDALIAN PENILAIAN
- Penilaian setiap subjek peperiksaan bertulis dan lisan akan dikendalikan oleh penilai yang dilantik pihak pelaksana KAFA Negeri.
- Penilai subjek peperiksaan Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam akan dikendalikan oleh guru-guru murid yang dinilai.
- Ketua Penilai hendaklah dilantik disetiap daerah untuk menyelaras dan mengendalikan penilaian peperiksaan Penilaian setiap subjek akan dibuat mengikut takwim UPKK tahun penilaian.
PENGGREDAN
- Pencapaian tiap-tiap tahap berdasarkan gred dan skala berikut :
2A | (Tahap Cemerlang) | 80-100 |
3B | (Tahap Baik) | 60-79 |
4C | (Tahap Memuaskan) | 40-59 |
5D | (Tahap Kurang Memuaskan) | 01-39 |
* * Tertakluk kepada sebarang perubahan
SIJIL
Sijil UPKK hanya diberi kepada calon-calon yang menduduki semua mata pelajaran yang dinilai
Related Post :
- eOperasi Login Modul Pengurusan Guru
- Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa 2020 : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- SAPS Ibubapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
- Login SGMY Sistem Guru Malaysia
- Login APDM eKehadiran
- Login APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Online
- SSO Single Sign On Kementerian Pendidikan Malaysia
- Login PAJSK – KPM
- Login SSDM – KPM
- Login ePangkat – KPM
- e-Penyata Gaji dan Laporan