
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK)… Matlamat utama UPKK ialah untuk Menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Himpunan Soalan Percubaan UPKK 2019 ialah himpunan soalan percubaan UPKK dari negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 2019.
Di harap dengan adanya perkongsian ini akan membangkitkan lagi komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada murid-murid dan tenaga pengajar untuk melakukan persediaan awal peperiksaan seperti mengadakan kelas intensif tambahan dan latihan menjawab soalan. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu pelajar khususnya kepada guru-guru dalam menyediakan diri bagi ujian UPKK yang bakal menjelang.
Himpunan Soalan Percubaan UPKK Seluruh Negeri 2019 |
|
PERKARA |
Himpunan Soalan Percubaan UPKK Seluruh Negeri |
SILA CLICK SEBELAH UNTUK
|
|
Dapatkan juga skema yang berkaitan disini…
MUAT TURUN JUGA
-
Koleksi Soalan Dan Nota Lughatul Quran UPKK
-
Koleksi Soalan Dan Nota Adab I Dan II UPKK
-
Koleksi Soalan Dan Nota Jawi Dan Khat UPKK
-
Koleksi Soalan Dan Nota Sirah UPKK
- Koleksi Soalan Dan Nota Ulum Syariah UPKK
PELAKSANAAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
FALSAFAH
Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain adalah satu usaha berterusan untuk mendidik dan membentuk pelajar-pelajar Islam ke arah memperkembangkan fitrah individu (Insan) selaras dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan manusia yang terdidik dengan didikan Al-Quran dan As-Sunnah yang kuat iman dan amalannya kepada Allah serta menghayati akhlak dan cara hidup Islam.
KONSEP
Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asasasas Fardhu Ain.
OBJEKTIF KAFA
Objektif penubuhan KAFA adalah seperti yang berikut :-
- Mewujudkan suatu sistem kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain yang kemas,
seragam dan bersepadu di seluruh Malaysia. - Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga dua belas tahun di negara ini dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan baik.
- Memastikan semua kanak-kanak Islam di negara ini dapat mempelajari dan mengamalkan perkara-perkara asas fardhu ain.
- Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan Al-Quran dan Fardhu Ain.