Home Artikel Koleksi Fail Meja Dan Senarai Tugas Guru

Koleksi Fail Meja Dan Senarai Tugas Guru

8833
0
Koleksi Fail Meja Dan Senarai Tugas Guru

Koleksi Fail Meja Dan Senarai Tugas Guru. Fail Meja (FM) merupakan satu dokumen rasmi yang perlu ada dalam sesebuah pejabat/ jabatan. FM adalah alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti pejabat/ jabatan keseluruhannya. Di sini disediakan sedikit maklumat dan contoh-contoh berkenaan fail meja mengikut bidang tugas masing-masing…..Semoga ianya memberi manafaat kepada semua…


Koleksi Fail Meja Dan Senarai Tugas Guru 3


FM berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap seorang individu dalam pejabat/jabatan. Oleh itu FM dirangka khusus untuk memberi panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas FM adalah senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam pejabat/jabatan. Rangkaian prosedur dan senarai semak yang terdapat dalam FM adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Tegasnya FM adalah dokumen rujukan untuk setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di meja pegawai.

PENUTUP

Koleksi Fail Meja Dan Senarai Tugas Guru  ini adalah himpunan fail meja yang boleh ddijadikan panduan oleh semua guru. Setiap FM yang dibina perlulah dikemas kini apabila berlaku perubahan dalam pejabat/ jabatan. Peraturan, prosedur kerja dan borang-borang yang tidak digunakan lagi akibat perubahan yang berlaku hendaklah dikeluarkan dari manual ini dan diganti dengan yang baru. Ini akan menjamin supaya manual ini sentiasa kemas kini dan digunakan oleh setiap kakitangan di pejabat/ jabatan masing-masing.

Tindakan untuk menyediakan FM ini melibatkan semua kakitangan dan staf sesebuah pejabat/ jabatan demi keberkesanan bidang pengurusan sesebuah pejabat/ jabatan. Tegasnya FM merupakan dokumen mikro untuk individu dalam organisasi dan menjadi alat pengurusan penting yang dapat menyumbang kepada peningkatan
produktiviti dan kualiti hasil kerja sesebuah pejabat/jabatan.