Home Soalan SPM Koleksi Soalan Tatabahasa SPM

Koleksi Soalan Tatabahasa SPM

9114
0

Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:

  • Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.

  • Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Berikut adalah Koleksi Soalan Tatabahasa SPM – Koleksi daripada Soalan SPM 2017 dan juga soalan-soalan percubaan SPM dari negeri-negeri seluruh Malaysia….

DIPERSILAKAN KLIK AND SHARE …..

Sila Muat Turun : Koleksi Soalan Tatabahasa SPM Di sini


Koleksi Soalan Tatabahasa SPM 1


Contoh Latihan Tatabahasa Yang Disediakan

Latihan Tatabahasa 1 (Johor – Set 1)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

  • pulang
  • pulangan
  • memulangkan
  • mansuh
  • pemansuhan
  • memansuhkan

[6 markah]

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Kumar: Daniel,kau nak ke mana?
Daniel          : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap
Kumar: Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel: Mana ada? Biasa aje.
Kumar: Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel          : Tak adalah. Aku Cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.

[6 markah]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

  • Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
  • Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
  • Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.

IKLAN :

…..SILA KLIK DI BAWAH untuk dapatkan Pelbagai Jenis Nota, Soalan Peperiksaan, Skema Jawapan, Tips Peperiksaan, Ramalan, Soalan KBAT, Nota, Modul, Latihan, Rujukan, Informasi dan sebagainya dalam dunia pendidikan..

Koleksi Soalan Tatabahasa SPM 2