Home Aktiviti Persekolahan Koleksi Tema Maulidur Rasul

Koleksi Tema Maulidur Rasul

1169
0
Koleksi Tema Maulidur Rasul
Koleksi Tema Maulidur Rasul, Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad S.A.W ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul….https://ms.wikipedia.org/

Koleksi Tema Maulidur Rasul

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, ambillah peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Berikut adalah Koleksi Tema Maulidur Rasul yang pernah digunakan di Malaysia…Tahun dan tema seperti yang dipaparkan dibawah :

TAHUN 

TEMA

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2023

“Perpaduan Teras Malaysia Madani”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022

“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H / 2021

“Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1442H / 2020

Ummah Rabbani, Negara Harmoni

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1441H / 2019

“Negara Rahmah Ummah Sejahtera”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1440H / 2018

“Menyantuni Umat Membawa Rahmat”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1439H / 2017

”Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1438H / 2016

 “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1437H / 2015

“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H / 2014

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1435H / 2013

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012

 

“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”

 

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1433H / 2011

 

“Satu Malaysia Satu Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1432H / 2010

“Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2009

“Wahdah Pemangkin Khaira Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1430H / 2008

“Insan Cemerlang Insan Terbilang”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1429H / 2007

“Insan Cemerlang Insan Terbilang”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1428H / 2006

“Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1427H / 2005

“Negara Maju Matlamat Kita”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1426H / 2004

“Kedatangan Muhamad Rasulullah Membawa Rahmat Kepada Alam”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1425H / 2003

“Bersama Hayati Keindahan Islam”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1424H / 2002

“Perpaduan Pemangkin Ummah”

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1423H / 2001

“Perpaduan Pemangkin Pemangunan Ummah”

Related Post:
Himpunan Contoh Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul
Koleksi Tema Maulidur Rasul

Koleksi Tema Maulidur Rasul 1


Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah S.A.W, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.
(Riwayat Muslim)
Salah satu tanda seseorang itu menyayangi Rasulullah S.A.W adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran Rasulullah S.A.W, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T.
Semoga Koleksi Tema Maulidur Rasul yang disediakan disini akan memberi inpirasi dan manafaat kepada semua….