Home Artikel Pelajar IPT Dibenarkan Pulang

Pelajar IPT Dibenarkan Pulang

171
0
Pelajar IPT Dibenarkan Pulang

Dalam sidang media harian, Menteri Kanan ( Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 April 2020 telah memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran perjalanan pulang bagi pelajar-pelajar IPT yang berada di kampus dan juga yang menyewa rumah di luar kampus.

Di dalam mesyuarat khas menteri-menteri pada pagi 24 hb Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah membentangkan SOP proses penghantaran pulang pelajar IPTA dan IPTS di bawah Kementerian Pengajian tinggi termasuk Politeknik dan kolej Komuniti. Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan menghantar pulang pelajar akan bermula pada Isnin 27 April 2020.

Waktu perjalanan dihadkan dari 9.00 malam hingga 9.00 pagi bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan yang  besar pada waktu siang. Pergerakan adalah secara berperingkat-peringkat dan ianya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja. Setiap pelajar yang ingin pulang diarahkan perlu melalui ujian saringan gejala sebelum menaiki bas dan mereka akan dibekalkan dengan makanan dan topeng muka, walaupun dimaklumkan pelajar ini berada didalam kampus selama satu bulan dan tiada mempunyai gejala dan tidak dijangkiti Convid 19.

Bagi pelajar yang perlu menaiki bas mereka perlu menghadkan dan mengekalkan penjarakan sosial di dalam bas-bas yang dinaiki mereka. Pelajar-pelajar tersebut akan diambil oleh bas-bas di kampus mereka dan di bawa terus ke daerah-daerah tempat tinggal mereka. Dari situ mereka akan dihantar terus ke balai-balai polis atau pun pejabat daerah yang berhampiran sebelum dihantar ke rumah masing-masing oleh agensi-agensi kerajaan termasuk frontliners peringkat daerah. Ini adalah untuk mengelakkan dari pelajar-pelajar pergi ketempat lain kecuali tempat tinggal mereka.

Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri mereka dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan mereka tidak merentas negeri dan mereka hanya dibenarkan memandu seorang untuk satu kenderaan dan mereka juga perlu mendapatkan kelulusan pergerakan dari balai polis yang terdekat.

Bagi pelajar-pelajar yang berhasrat pulang ke Sabah atau Sarawak, penerbangan ke negeri masing-masing akan diseliakan dan pendaratan adalah di lapangan terbang yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar ini juga perlu menjalani kuarantin selama 14 hari seperti yang ditetapkan oleh negeri Sabah dan Sarawak.

Proses penghantaran pulang pelajar ini hanya akan melibatkan seramai 53 ooo pelajar (85%) dan seramai 15% lagi mengambil keputusan masih lagi mahu tinggal di kampus masing-masing, dan mereka ini akan di tanggung oleh kerajaan.