Home Artikel Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1

1689
0

Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 pada tahun depan akan diperkukuhkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertumpu kepada kaedah pembelajaran secara didik hibur dan berteraskan murid. Pentaksiran akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi menekankan atau berorientasikan peperiksaan.

Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 yang akan dilaksanakan ini juga adalah bagi membina dan memperkukuhkan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul sebelum melalui proses pembelajaran seterusnya.

Murid dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk pentaksiran yang sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Justeru, tiada lagi peperiksaan pertengahan dan akhir tahun manakala guru akan lebih memberi tumpuan mengajar dari aspek membina kemahiran karektor dan sahsiah serta membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk peperiksaan. Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP serta PBD dengan bimbingan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Guru disarankan menggunakan pelbagai kaedah penilaian kepada murid seperti kuiz, ujian bertulis, permainan selain projek mudah. Namun, guru tetap tertakluk kepada pelaporan asas iaitu Pelaporan Perkembangan Pelajaran Murid bagi memantau perkembangan murid mengikut skala tertentu, sekali gus tidak bersandarkan peperiksaan.

Bagi pihak ibu bapa pula, mereka seharusnya tidak perlu bimbang dengan penaksiran secara formatif ini kerana ia sudah lama dilaksanakan sejak 2011 dan penaksiran kali ini, ianya diperkukuhkan lagi.

Selain itu tiada lagi keperluan pengasingan kelas untuk tahap satu secara kekal atau berterusan tetapi boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara yang mempunyai tujuan khusus untuk proses pemulihan murid.


Tarikh : 19 Disember 2018 ( Rabu )
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kementerian Pendidikan Malaysia

Soalan 1

Apa maksud kementerian bila mengumumkan tiada peperiksaan untuk murid tahap satu yang akan bermula pada tahun 2019 ?

  • Tiada peperiksaan bermaksud tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
  • Guru akan memberi lebih tumpuan untuk mengajar.
  • Membina kemahiran karektor dan sahsiah murid.
  • Murid bebas daripada tekanan belajar untuk periksa.
  • Wujud budaya belajar yang seronok dan bermakna.

SILA MUAT TURUN

Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1


Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1 2