Home Artikel Permohonan Pengambilan IPG 2024

Permohonan Pengambilan IPG 2024

283
0
Permohonan Pengambilan IPG 2024
Permohonan Pengambilan IPG 2024 dibuka! Melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Di IPG 2024, ramai bakal pelajar yang berminat untuk menceburi bidang pendidikan. Khabaran berita gembira buat lepasan SPM 2021, 2022 atau 2023 yang berminat untuk menjadi seorang guru dimana KPM buka pengambilan IPG 2024 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Apa Itu PISMP 2024?
Program PISMP ialah merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPGM seluruh Malaysia. Program ini akan melahir seorang guru yang akan mengajar murid di sekolah rendah. Bakal guru akan melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Permohonan Pengambilan IPG 2024

Syarat Permohonan Pengambilan IPG 2024
Bagi para calon yang berminat, mereka mestilah memenuhi beberapa syarat kelayakan permohonan bagi pengambilan IPG 2024:
1. Calon adalah warganegara Malaysia
2. Calon berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004. Seandainya calon lahir sebelum 30 Jun 2004 anda tidak layak memohon (Kebiasaannya sistem akan memberi makluman sekiranya layak)
3. Berkeadaan sihat tubuh badan.
4. Merupakan calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum
5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
6. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris
7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Boleh rujuk laman IPG untuk ketahui lebih lanjut.
Tarikh dan Tempoh Permohonan Pengambilan IPG 2024
Bagi para calon, anda perlu merujuk maklumat berkenaan tarikh dan tempoh permohonan dibuka. Berikut adalah merupakan tarikh buka dan tutup permohonan IPG 2024.
  • 14 Mac 2024 : Tarikh Buka
  • 15 April 2024 : Tarikh Tutup
Panduan Permohonan Pengambilan IPG 2024
Bagi para calon yang berminat membuat permohonan dalam pengambilan IPG 2024 mestilah melalui laman permohonan portal PISMP Online. Sebaik sahaja permohonan dibuka, portal akan dibuka secara automatik. Berikut adalah beberapa langkah dan perkara yang para calon perlu tahu:
1. Calon hanya boleh membuat permohonan secara online dengan melayari portal PISMP.
2. Permohonan akan ditapis mengikut syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
3. Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus tapisan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).
4. Calon juga dinasihatkan untuk melayari laman portal PISMP bagi mendapatkan maklumat:
    • Iklan
    • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
    • Ujian kecergasan fizikal (UKF)
    • Syarat bidang pengkhususan
    • Kalendar aktiviti
5. Calon juga hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan PISMP ditutup.
6. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
7. Pastikan maklumat anda adalah benar bagi memastikan permohonan anda diterima.
Related Post:
Calon Guru Tajaan KPM
Permohonan Pengambilan IPG 2024

Permohonan Pengambilan IPG 2024 1


Kalendar Penting Pengambilan IPG 2024
KPM kini mempelawa pelajar lepasan SPM yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2024.
Sila rujuk aktiviti dan tarikh penting dari masa ke semasa.

 

Permohonan Pengambilan IPG 2024